Thursday, July 27, 2017

Rezeki Pelbagai Sumber, Mencari Rezeki Di Alam Maya Juga Satu Rezeki

Sejak kebelakangan ni, mudah sangat hati ni rasa tak kuat.. rase down je kalau pikir pasal keje. Nak mangun pagi nak pergi keje macam dah tak syiok dah. Ni belum pindah Semenyih lagi ni, tapi dah macam macam pikir.. huhuhu


Okeelah tak mau cerita pasal sedih sedih or emo emo ni, kite cerita benda yang menggembirakan dan yang memberi semangat dan inspirasi.. Bulan lepas aritu Alhamdulillah kite dah menjadi salah seorang dari ahli #kbba9 atau lebih dikenali dengan #kelabbloggerbenashaari.. Nak tahu lebih details pasal kelab ni korang boleh usha DISINI tak pun klik je kat banner atas ni


Alhamdulillah sejak join kelab ni banyak tips dan teguran dalam dunia blog ni dapat dipelajari. Semua geng sporting dan sangat membantu.. walaupun kite ni kejap tenggelam kejap timbul dalam group tu, setiap pertanyaan pasti ade jawapan.. Rase nak belajar dan belajar tu sentiasa ada. Bila stress kat opis terus rase nak jadi fulltime blogger je, tapi apekan daya kite masih diperingkat bawah.. bak kate orang tu masih bertatih tatih lagii.. So kuatkan semangat cekal kan hati try jugak untuk tempuh hidup dalam dunia pekerjaan dengan makan gaji ni lagiii.. huhuhu Insya Allah, dengan izinNya dapat buat ape yang kite suke dan menjadi hobi kite, pastu maybe dah tade dah backdated punye entri atau takde dah sawang sawang kat blog ni.. hahahha

Ni pertama kali menang giveaway yang dianjurkan oleh salah seorang ahli kbba9, dengan hadiah tajaan dari Tyzara. Alhamdulillah result dapat dari undian yang dibuat.. kite antara 5 pemenang bertuah yang dapat t-shirt kelab #kbba9 yang terbaru ni. Yeyyy! pasni dah boleh melaram dengan baju ni.. Nak pakai bagi semua tahu yang kite ni blogger.. hahaha Bangga ape, sebab kite buat ape yang kite suke, walaupun hanya dari penulisan di alam maya.. 


Ditambah pulak dengan invoice yang baru kite dapat ni, ni pun hasil berblogging. Ya Allah rupenye macam macam rezeki yang boleh kite cari, nak dengan tak nak aje. Dari suka suka terus jatuh hati untuk teruskan hobi cenggini. Kalau ade rezeki memang tak nak keje makan gaji lagi dah, dahla terikat dari pagi sampai ke petang, pastu kerja tak pernah abes, tapi bile kite berblogging, segala penulisan yang kite sampaikan dengan ikhlas tu sedikit sebanyak dapat membantu meng"clear"kan keadaan atau dapat bagi review yang menarik untuk semua.. Insya Allah.


Macam contoh blog kite ni, ia wujud sejak kite bertunang. Niat wujudkan blog ni sebab nak buat kenangan dan nak abadikan segala suka dan duka dalam ni. Tapi sape sangka dari situ rupenye ade kesan positif contohnya dapat memberi gambaran kat orang lain yang memerlukan. Macam kalau kite update entri pasal tempat menarik, tempat makan, so tempat tempat cenggitu memang ramai yang nak tahu, so disebabkan sekarang zaman "hanya di hujung jari" so semua boleh mendapat maklumat dengan mudah. Tapi dalam mencari maklumat tu kena jugak berhati hati.. kite tak cakap semua maklumat yang kite dapat tu benar benar sahih atau palsu, cumenye kite kena lebih pandai membuat pilihan dan lebihkan membaca. So ape lagi meh khatamkan bace segala entri yang ade dalam blog ni.. hihihi :p


Salam Perkenalan,

Wednesday, July 26, 2017

Traveloka | Dapatkan HOTEL dengan Harga yang MURAH!!

Zaman sekarang kalau nak membeli atau nak dapatkan sesuatu perkhidmatan tu mesti nak cari yang harga murah je kan. Lagi-lagi di kota raya macam Kuala Lumpur ni. Mana nak cari hotel yang murah? kite ade jawapannya. Tapi sebelum tu kita share dulu tentang Kuala Lumpur.




Kuala Lumpur merupakan ibu negara Malaysia atau lebih dikenali dengan kota metropolitan yang sibuk dengan mercu tanda unik yang dikenali di seluruh dunia. Kemampuan kota raya ini menggabungkan bangunan lama dengan baharu mewujudkan satu perbezaan yang menyeronokkan yang menjadi sebahagian daripadanya mempesonakan. Lagi lagi di waktu malam, Kuala Lumpur akan diterangi dengan pelbagai lampu dari bangunan bangunan tinggi disini.


Nak tahu tempat menarik di Kuala Lumpur? Meh kite senaraikan satu persatu untuk pengetahuan korang. 




1) Menara Berkembar Petronas (KLCC)


Menara berkembar petronas adalah salah satu mercu tanda Malaysia. Ia berdiri megah pada ketinggian 451.9m. Menara Berkembar Petronas ni merupakan pusat tumpuan utama di KLCC dan ianya merupakan ikon paling terkenal di negara ini. Jambatan udara atau Skybridge di tingkat 41 turut menjadi platform untuk melihat keindahan bangunan pencakar langit di sekitarnya.




2) Menara Kuala Lumpur (KL Tower)


Menara KL pula terletak di Jalan Puncak, off Jalan P.Ramlee. Ia dibina di puncak Bukit Nanas yang terletak dalam lingkungan Hutan Simpan Bukit Nanas. Menara KL adalah salah satu mercu tanda yang paling penting di bandar ini. Menara tinjaunya menawarkan pemandangan bandar yang sangat memukau.




3) Little India Malaysia


Selain itu, Little India Malaysia berada dalam lingkungan penempatan India tertua di negara ini. Ia dilancarkan secara rasminya pada tahun 2009. Popularitinya naik mendadak sebagai salah satu pusat pelancongan yang paling popular di bandar ini. Bermula dari Jalan Travers sehingga ke Jalan Tun Sambanthan, Little India terletak di sebelah Stesen Sentral, hab pengangkutan utama di bandar ini.




4) Pasar Seni (Central Market)


Seterusnya, Pasar Seni (Central Market) yang terletak di Jalan Hang Kasturi. Tempat terbaik untuk mencari barangan kraf dan perhiasan. Pasar Seni merupakan salah satu bangunan warisan yang terkenal. Ia adalah contoh terbaik gaya hiasan seni tahun 1930-an dengan reka bentuk pintu masuk yang unik, elemen-elemen penyatuan di tingkap dan pintu serta panel besi tempa.




5) Petaling Street (Chinatown)


Jalan Petaling (Chinatown) juga merupakan satu tarikan yang unik di Kuala Lumpur. Petaling Street atau Chinatown merupakan deretan kedai, restoran dan gerai-gerai penjaja yang meriah. Ia adalah salah satu kawasan membeli-belah paling dikenali di KL yang menawarkan pelbagai jenis jam tangan, aksesori, pakaian, kraftangan dan cenderamata.




Jadi tak sah kalau ke Kuala Lumpur tapi tak tahu tempat penginapan yang selesa di Kuala Lumpur ni ye tak?. Mungkin korang masih tertanya-tanya, adakah lagi hotel yang terbaik di Sri Petaling? Untuk pengetahuan korang, Hotel Sri Petaling Kuala Lumpur adalah sebuah hotel dalam kawasan persekitaran yang baik, yang terletak di Sri Petaling. Hotel ini terletak hanya 2.49 km dari Bandar Tasik Selatan Station.




Selain terletak di kedudukan yang baik, Hotel Sri Petaling Kuala Lumpur juga merupakan salah satu hotel yang berdekatan dengan Sri Petaling LRT Station, jaraknya hanya 0.86 km dan dari Bukit Jalil LRT Station hanya dalam 1.18 km.




Perkhidmatan terbaik dan pelbagai kemudahan yang disediakan akan membuat korang berpuas hati sepanjang penginapan di Hotel Sri Petaling Kuala Lumpur. Seriously korang memang takkan menyesal berbelanja untuk menginap di hotel ni. Selain itu, korang juga senang untuk ke tempat tempat menarik di Kuala Lumpur yang telah kite senaraikan tadi.




Nikmati hidangan kegemaran korang dengan makanan istimewa dari Hotel Sri Petaling Kuala Lumpur eksklusif untuk korang!. Di Kuala Lumpur memang ada banyak cafe terbaik dan sedap sedap. Tapi.. kalau korang menginap di hotel ni, korang tak perlu bersusah payah cari tempat makan yang best best sebab dekat hotel ni sendiri pun makanan dia sedap sedap belaka. Memang seronoklah stay sini. Tambah pula akses WiFi disediakan dalam kawasan umum sekitar penginapan ini supaya korang sentiasa terhubung dengan keluarga dan rakan-rakan. So kalau nak jimat data tu, just connect wifi hotel je, kan senang!. Tak payah membazir data sendiri or buat yang takda data so korang boleh surfing internet dengan jayanya. Berbaloi baloi gituuu :p




Hotel Sri Petaling Kuala Lumpur adalah hotel yang memberikan keselesaan hebat dan perkhidmatan terbaik menurut kebanyakan review dari pengunjung hotel ini. Hotel ini amat mementingkan keperluan pelanggan dan sentiasa memberikan layanan yang superb terhadap pelanggannya. So kalau nak apa apa just contact je staff kat situ dan mereka akan sedaya upaya bantu selesaikan keperluan dan kehendak korang tu.


Dengan semua kemudahan yang ditawarkan, Hotel Sri Petaling Kuala Lumpur adalah tempat yang sesuai untuk menginap. So jangan buang masa dah anda boleh terus book Hotel Sri Petaling online on traveloka untuk dapatkan harga yang menarik.



So ape lagi, tak perlu tunggu lama lama untuk buat pilihan demi mendapatkan hotel dan kemudahan yang baik dan murah bersama Traveloka!


Salam Perkenalan,

Thursday, July 20, 2017

Show Wedding Di Dewan Tun Rahah, Kuala Lumpur

Lepas je show di Duchess, selang dua minggu gitu dorang dapat job weeding kat Dewan Tun Rahah pulak... Alhamdulillah untuk dua bulan tu memang job banyak masuk..


Pastu dah start nak puasa dan raya dorang slow dulu, maklumlaa mana ade kenduri kawen time bulan puasa kan.. kalau ade pun event berbuka puasa. Tu dapat gak invitation tapi dah terlalu rapat sangat dengan event lain, then time tu macam team band yang lain pun ade tak leh nak komit so takpatlaa nk perform time tu..


Next month event untuk dinner pulak, tahun ni icik abam tak join, cukuplaa dah hampir 5tahun asek muke icik abam je kan hahha.. so kalini alasan icik abam adalah untuk siapkan rumah. Kami sebenarnye tengah busy untuk renovate rumah, nak kate renovate sangat tu tadelaa, cukup repair ape yang perlu, sebab plan nak masuk rumah ni next month. Doakan semua dipermudahkan ye..


Okee berbalik pada tajuk entri, macam biasa, haruslaa lebihkan gambar icik abam ye takkk.. hihihi


Okee kalau rase tanak nengok gambar lagi meh kite tepek video video yang ade ye




Setiap lagu yang dorang perform kitelaa yang merecodkannye.. 


Kalau ade 10 lagu, sepuloh sepuloh lagu tu kite akan record.. bukan sekadar untuk share kat sini je tapi untuk postmortem dan ulangkaji dorang.. kot mane ade yang tak betul tu nanti boleh diperbaiki..


Seperti event event sebelum ni, kalau dapat je job wedding ni, soalan pertama pada client mesti tanya pengantin nak nyanyi lagu ape.. 


Lagu Penghujung Cintaku menjadi pilihan pengantin.. tapi kalini pngantin perempuan aje yang nyanyi.. so yang lelaki nye part, icik abam yang kena take over.. Tak over suara je ye, jangan nak over over ."aku ingin menikahimuuuu".. lagiii ikut lirik pulak ye.. hahaha :p


Dah abes event barulaa dapat bergambar dengan pengantin..


Mcam biasa jugakkkk, tepek gambar kami berdua.. kalau boleh nak pinjam pelamin tu, tapi apekan daya bukan pelamin kteorangggg hahahha :p



Salam Perkenalan,

Tuesday, July 18, 2017

SBK Underground Stations Hopping Tour

Adehhh tak sempat gak rupenye nak update entri ni sebelum MRT Sungai Buloh-Kajang Line Launch semalam..


Tarikh semalam cantik 17.07.2017 tu yang dorang pilih date tu kot.. hihihi


Pasni Insya Allah, line 2 pulak maybe akan open for public pada 2022.. Tapi time tu tak tahulaa masih ade peluang join launching macam semalam ke tak kann hihihi


Line 2 pulak adalah Jajaran Sungai Buloh - Kajang - Putrajaya. So pasni senang pulak laa nak ke Putrajaya naik mrt je.. :)


Tujuh bulan lepas iaitu pada 16 Disember 2016, fasa pertama MRT laluan Sungai buloh ke Kajang dah pun dilancarkan. Semalam pulak merupakan pelancaran penuh MRT Sungai Buloh - Kajang sepanjang 51km termasuk underground dan elevated secara keseluruhannya.


Semalam bermula dari TRX Station, PM ke Stadium Kajang selepas merasmikan pembukaan kesemua 31 stesen bagi sistem rel yang paling moden dan terbaru ni. Lepas ni, seluruh rakyat pasti rase senang dan mudah untuk ke KL terutamanye pengguna pengangkutan awam dari Kajang yang dulunye agak susah nak dapatka public transport ke situuu..


Bagi pengguna yang tak tahu lagi, semalam kalau korang naik mrt, korang tak perlu bayar, sebab semua laluan free dari pukul 4 petang sehingga 10 malam. 


Hari ni sehingga National Day nanti, semua LRT, MRT dan monorail dapat half price.. So kalau korang berhajat nak try naik mrt ni, bolehlaa plan hari hari korang untuk naik mrt hihihi


Mane yang tak tahu lagi stesen stesen serta jajaran laluan SBK ni korang boleh dapatkan pamphlet peta transit di kaunter stesen. tak pun korang google je lagi senang..


Laluan SBK dengan panjang jajaran 51km ni akan membawa penumpang dari Sungai Buloh ke pusat bandar raya Kuala Lumpur dengan mengambil masa lebih kurang 40minit, atau terus ke Kajang dalam masa 88minit.. satu stesen ke stesen seterusnya amek masa dalam 2-3minit je..


Laluan SBK berintegrasi dengan LRT Laluan Kelana Jaya, LRT Laluan Ampang dan LRT Laluan Sri Petaling di Pasar Seni, Merdeka dan Maluri. Pengguna boleh bertukar dari MRT ke LRT atau sebaliknya tanpa perlu membeli tiket baru.


Laluan SBK ni jugak berintegrasi dengan perkhidmatan KTM Komuter dan KTM ETS di Sungai Buloh dan Kajang. Manakala dari stesen mrt Muzium Negara, penumpang boleh berjalan kaki dengan menggunakan laluan pejalan kaki yang cukup selesa untuk sampai ke KL Sentral. Kat situ korang boleh naik KLIA Ekspres dan KLIA Transit untuk ke KLIA, Putrajaya dan stesen stesen lain seperti KTM, LRT dan Monorel.


Selain tren, bas perantara mrt juga beroperasi dari stesen ke stesen sebagai memenuhi keperluan penumpang untuk sampai ke sesuatu destinasi yang nak dituju.


Bagi mereka yang nak membawa kereta, kesemua kemudahan tempat kereta "park and ride" juga disediakan. Tapi untuk tempat letak kereta ni tak semua stesen ade kemudahan gini ye, nengok tempat.. so nak lagi details korang nengok peta transit yang ada untuk memudahkan korang tahu fasiliti setiap stesen yang korang naik tu..


Kalau dulu sebelum involve dalam projet mrt ni, kite join project double track, ni kire first job lepas graduate dululaa ni. Tapi tu pun tak sampai abes projek pastu dah lari ke sini. Sebab dulu untuk projek double track tu kite join Team Land & Planing, so kite involve dalam land acquisition je, then bila dah penghujung project, isu land kebanyakkannye dah setel, so keje yang related dah tak banyak.. tu yang boring sikit tu yang lari ke tempat lain.. hihihi


Untuk projek mega ni, MRT Corp berganding bahu dengan MMC Gamuda KVMRT PDP Sdn Bhd dan MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd dalam merancang dan berusaha membina projek ni.


Dua tahun lepas, kite ade gak join team elevated, pastu bertukar arah ke underground pulak.. Mane yang tak tahu atau konpius antara kami ni, meh kite terangkan secara ringkas ye.. PDP merupakan Rakan Pelaksana Project ataupun, Project Delivery Partner yang mana kebanyakannya involve dalam elevated. Manakala Team MGKT ni pulak merupakan kontraktor kerja bawah tanah yang telah melakarkan sejarah dunia dengan pembinaan terowong atau tunnel dan stesen bawah tanah dengan menggunakan teknologi yang canggih, subcon, supplier dan consultant yang gigih dalam menyempurnakan pembinaan projek ni.


Kos pembinaan asal bagi laluan SBK telah disasarkan sebanyak RM23 bilion.. tapi setelah siap projek ni hanya menelan kos sebanyak RM21 bilion. Penjimatan sebanyak RM2 bilion kat situu.. 


Lepas ni, projek projek seperti MRT Line 2 laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya, LRT 3 dari Bandar Utama ke Johan Setia, landasan Kereta Api Pantai Timur yang akan meliputi seluruh Pantai Timur semenanjung Malaysia, Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura (high speed rail) pulak akan dibina.. Infrastruktur sedia ada seperti laluan LRT dan KTM jugak akan dinaiktaraf dan diperbaiki kelak..


Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan projek ni.. 


Ni gambar masa kami singgah di Pasar Seni Station, tengah under construction lagi ni.. belum siap sepenuhnyaa..


Seterusnya korang nengok ajelaa gambar gambar yang ade ni..


Memang banyak gambar yang kite tepek dalam entri ni.. maklumlaa untuk kenangan milik sendiriii :p


Kemain sakan bergambar dalam tren, skang ni kalau nak bergambar cenggini tanpa crowd memang takpat dahlaa kan.. semalam pun naik dah ramai..






Akhir sekali kite tepek laluan SSP kat sini.. kot ade yang dah plan nak cari rumah ke ape kan.. boleh cari kawasan kawasan yang terdekat senanggg :p



mane yang friend ngan kite kat fesbuk dan dah follow ig kite tu mesti dah nengok video vdeo kat bawah ni arituuu









Salam Perkenalan,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...