Wednesday, July 26, 2017

Traveloka | Dapatkan HOTEL dengan Harga yang MURAH!!

Zaman sekarang kalau nak membeli atau nak dapatkan sesuatu perkhidmatan tu mesti nak cari yang harga murah je kan. Lagi-lagi di kota raya macam Kuala Lumpur ni. Mana nak cari hotel yang murah? kite ade jawapannya. Tapi sebelum tu kita share dulu tentang Kuala Lumpur.




Kuala Lumpur merupakan ibu negara Malaysia atau lebih dikenali dengan kota metropolitan yang sibuk dengan mercu tanda unik yang dikenali di seluruh dunia. Kemampuan kota raya ini menggabungkan bangunan lama dengan baharu mewujudkan satu perbezaan yang menyeronokkan yang menjadi sebahagian daripadanya mempesonakan. Lagi lagi di waktu malam, Kuala Lumpur akan diterangi dengan pelbagai lampu dari bangunan bangunan tinggi disini.


Nak tahu tempat menarik di Kuala Lumpur? Meh kite senaraikan satu persatu untuk pengetahuan korang. 




1) Menara Berkembar Petronas (KLCC)


Menara berkembar petronas adalah salah satu mercu tanda Malaysia. Ia berdiri megah pada ketinggian 451.9m. Menara Berkembar Petronas ni merupakan pusat tumpuan utama di KLCC dan ianya merupakan ikon paling terkenal di negara ini. Jambatan udara atau Skybridge di tingkat 41 turut menjadi platform untuk melihat keindahan bangunan pencakar langit di sekitarnya.




2) Menara Kuala Lumpur (KL Tower)


Menara KL pula terletak di Jalan Puncak, off Jalan P.Ramlee. Ia dibina di puncak Bukit Nanas yang terletak dalam lingkungan Hutan Simpan Bukit Nanas. Menara KL adalah salah satu mercu tanda yang paling penting di bandar ini. Menara tinjaunya menawarkan pemandangan bandar yang sangat memukau.




3) Little India Malaysia


Selain itu, Little India Malaysia berada dalam lingkungan penempatan India tertua di negara ini. Ia dilancarkan secara rasminya pada tahun 2009. Popularitinya naik mendadak sebagai salah satu pusat pelancongan yang paling popular di bandar ini. Bermula dari Jalan Travers sehingga ke Jalan Tun Sambanthan, Little India terletak di sebelah Stesen Sentral, hab pengangkutan utama di bandar ini.




4) Pasar Seni (Central Market)


Seterusnya, Pasar Seni (Central Market) yang terletak di Jalan Hang Kasturi. Tempat terbaik untuk mencari barangan kraf dan perhiasan. Pasar Seni merupakan salah satu bangunan warisan yang terkenal. Ia adalah contoh terbaik gaya hiasan seni tahun 1930-an dengan reka bentuk pintu masuk yang unik, elemen-elemen penyatuan di tingkap dan pintu serta panel besi tempa.




5) Petaling Street (Chinatown)


Jalan Petaling (Chinatown) juga merupakan satu tarikan yang unik di Kuala Lumpur. Petaling Street atau Chinatown merupakan deretan kedai, restoran dan gerai-gerai penjaja yang meriah. Ia adalah salah satu kawasan membeli-belah paling dikenali di KL yang menawarkan pelbagai jenis jam tangan, aksesori, pakaian, kraftangan dan cenderamata.




Jadi tak sah kalau ke Kuala Lumpur tapi tak tahu tempat penginapan yang selesa di Kuala Lumpur ni ye tak?. Mungkin korang masih tertanya-tanya, adakah lagi hotel yang terbaik di Sri Petaling? Untuk pengetahuan korang, Hotel Sri Petaling Kuala Lumpur adalah sebuah hotel dalam kawasan persekitaran yang baik, yang terletak di Sri Petaling. Hotel ini terletak hanya 2.49 km dari Bandar Tasik Selatan Station.




Selain terletak di kedudukan yang baik, Hotel Sri Petaling Kuala Lumpur juga merupakan salah satu hotel yang berdekatan dengan Sri Petaling LRT Station, jaraknya hanya 0.86 km dan dari Bukit Jalil LRT Station hanya dalam 1.18 km.




Perkhidmatan terbaik dan pelbagai kemudahan yang disediakan akan membuat korang berpuas hati sepanjang penginapan di Hotel Sri Petaling Kuala Lumpur. Seriously korang memang takkan menyesal berbelanja untuk menginap di hotel ni. Selain itu, korang juga senang untuk ke tempat tempat menarik di Kuala Lumpur yang telah kite senaraikan tadi.




Nikmati hidangan kegemaran korang dengan makanan istimewa dari Hotel Sri Petaling Kuala Lumpur eksklusif untuk korang!. Di Kuala Lumpur memang ada banyak cafe terbaik dan sedap sedap. Tapi.. kalau korang menginap di hotel ni, korang tak perlu bersusah payah cari tempat makan yang best best sebab dekat hotel ni sendiri pun makanan dia sedap sedap belaka. Memang seronoklah stay sini. Tambah pula akses WiFi disediakan dalam kawasan umum sekitar penginapan ini supaya korang sentiasa terhubung dengan keluarga dan rakan-rakan. So kalau nak jimat data tu, just connect wifi hotel je, kan senang!. Tak payah membazir data sendiri or buat yang takda data so korang boleh surfing internet dengan jayanya. Berbaloi baloi gituuu :p




Hotel Sri Petaling Kuala Lumpur adalah hotel yang memberikan keselesaan hebat dan perkhidmatan terbaik menurut kebanyakan review dari pengunjung hotel ini. Hotel ini amat mementingkan keperluan pelanggan dan sentiasa memberikan layanan yang superb terhadap pelanggannya. So kalau nak apa apa just contact je staff kat situ dan mereka akan sedaya upaya bantu selesaikan keperluan dan kehendak korang tu.


Dengan semua kemudahan yang ditawarkan, Hotel Sri Petaling Kuala Lumpur adalah tempat yang sesuai untuk menginap. So jangan buang masa dah anda boleh terus book Hotel Sri Petaling online on traveloka untuk dapatkan harga yang menarik.



So ape lagi, tak perlu tunggu lama lama untuk buat pilihan demi mendapatkan hotel dan kemudahan yang baik dan murah bersama Traveloka!


Salam Perkenalan,

11 comments:

Sal said...

Banyak gak tempat menarik kat area KL ni ye..tq share info..

Lisa Nurulain said...

banyak tempat menarik kt KL yang lisa tak singgah lagi.. huhu , nti la sambil book guna traveloka ..mana tau ada diskaun

Mama Kembar Tiga said...

Best gak sesekali dok hotel & bawak anak anak round KL, walaupun mmg org KL dah. Short getaway releks ngan family

TATI MANSUR said...

Banyak sebenarnya tempat tempat menarik kat KL ni kan. Terima kasih untuk info ni. Lain kali ada kelauarga atau kawan yg dari luar KL nak jalan-jalan kat KL, dah taulah nak bawak mereka ke mana. Untuk accommodation boleh suggest fiorang stay kat hotel Sri Petaling ni..

Anonymous said...

Good info..thumbs up!!

Lya Akif Imtiyaz said...

Traveloka semua jadi mudah..segalanya di hujung jari jer ..Suka gak jalan2 kat KL terutama kat Pasar Seni .. kalau kat shopping mall kurang suka skit sbb ramai sgt orang..

Adam said...

Semua yg dicerita ni saya tau sebab hari2 saya berpusing di kl cuma hotel tu saya tak tau keadaannya. Tak pernah tidur pun. Pembaca yg tinggal luar kl patut ambik tau ni.

Saya ni kaki travel tapi belum pernah cuba perkhidmataan traveloka. Tengoklah macam mna because my next trip is to japan soon and very soon.

diaripink said...

Banyak jg tmpat n hotel yg best dkt KL tu rupenye... tq info..nnt pergi KL boleh try Traveloka

Radhia Razali said...

KL pun banyak tempat berjalan kan

mas saari said...

Baguslah Traveloka ni, bantu kita untuk cari hotel² yang menarik walaupun di sekitar Kuala Lumpur je.

Qaseh Dalia said...

Traveloka mmg memudahkan ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...