Monday, May 29, 2017

Jalan Jalan Cari Makan & Tempat Menarik Di Penang

Pulau Pinang atau lebih dikenali dengan panggilan Penang adalah sebuah negeri yang terletak  di Utara semenanjung Malaysia. Dalam entri kalini, kite ade senaraikan beberapa tempat yang menarik untuk dilawati dan "wajib" datang kalau berkunjung di Penang.


Tempat pertama yang kami singgah adalah di Padang Kota Lama ni. Tujuan utama kat sini semestinya nak cari Pasembuq.. hihihi


Kat Padang Kota Lama ni korang boleh bersantai santai waktu petang sambil melayan angin bayu yang bertiup kencanggg.. hihihi


Lokasinya juga adalah bersebelahan dengan Kubu Cornwallis.


Terdapat beberapa bangunan dan gerai makan kat Padang Kota Lama ni.. tapi kalau nak makan Pasemboq tu memang banyak pilihan.


Kalau korang suke bergambar macam kite ni, korang boleh singgah di Penang Street Art. Kat sini, selain korang dapat bergambar dengan lukisan mural 3D korang jugak boleh lakukan aktiviti riadah dengan berbasikal. Basikal untuk disewa memang ada disediakan di kawasan ni.


Lukisan mural 3D di bangunan bangunan luar di Jalan Seni Penang ni memang banyak kat kawasan bangunan lama ni. Ia menambahkan keceriaan di kawasan ni..


Ni antara lukisan mural 3D yang sempat kite snap gambar kat situu..



Hari berikutnye kami ke Bukit Bendera pulak..


Mase kami pergi ni raya cina so memang sangat crowded orang nak naik ke Bukit Bendera ni. So kami sempat bergambar kat sini je, tempat lain semua penuh dengan orang je.. hihihi


Dah berpeluh peluh kat Bukit Bendera kite cari Cendol ngan Pasemboq pulakk..


papepunnn, sebelum makan update kat ig duluuu hahahaha..


Okee, kalau nak makan Pasemboq antara tempat yang menjadi tumpuan adalah kat Padang Kota ni.. Adoiiiyai serius terliur nengok cendol sedap ni time puasa puasa gini kannn.. hahaha


Pasemboq ni pun menambah lagi lapar perut pulak kannn hahaha


Selain tu, waktu pagi pulak korang wajib ke sini..


Pekena Roti Bakar Transfer Road..


Selain roti bakar, kat sini femes dengan roti canai ayam..


Siyes memang sedappp.. tapi harga pun sedap jugakk hihihi



Okee, dah petang nak makan nasi kami pekena Nasi 7 Benua pulakk


Nasi ni dipanggil 7 benua kerana, dalam satu pinggan akan dihidangkan dengan 7 jenis nasi iaitu Nasi Minyak, Nasi Tomato, Nasi Lemak, Nasi Hujan Panas, Nasi Lemuni, Nasi Putih dan Nasi Kacang.


Tak cukup kenyang lagi korang boleh try laksa di Gurney pulak..


Ni pulak Pasemboq Gurney yang kami tapau makan kat hotel.. nod bad jugakk


Malam pulak kami dinner seafood di Hammar Bay..


Ni untuk dua orang makan.. huhuhu


Salam Perkenalan,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...