Sunday, July 17, 2016

Untunglah Kau Kereta. Hahaha

memang untung sesangatlaa jadi si puteh ni, tuannye pun tak dapat baju raya tapi die kemain di spa di gentel. Dilayan bak puteri bebenau tahun ni ye. Ni yang tetibe rasa nak jadi kereta le pulakk.. ehh ehh mengabung ngabung orang melaka cakappp.. hahaha


Manenye aku tak jeles, aku ni bukan cakap baju raya takde tahun ni, kasut raya ke handbag raya ke memang tade tapi si puteh ni kemain dapat layanan istimewa. Semua bajet nak beli baju, kasut bagai tu perabis kat die je tahun ni. Ni baru cerata pasal mencantikkan dia, belum sebut pasal servis bagai huhuhu

Yela yelaa ini untuk kegunaan bersama, kena cantik, kena bersih, baru puas hati dan seronok nak berjalan raya kata icik abam.


Dari pagi sampai ke petang memang icik abam habiskan masa untuk siapkan cuci, polish dan wax si puteh ni. Hampir 9 jam menunggu si puteh ni tak merengek langsung icik abam tunggu lame tu, tapi aku pulak start merenggek kat rumah sensorang, tak balik balik si jantung hati berdua ni.. busan pulakkk hihihi


Cube kalau ngajak bershopping 9 jam tu, mahu mencuka muka icik abam hahaha


Apepun, servis dorang memang terbaik icik abam cakap, dua tiga kali dorang cuci termasuk dalam dan luar. Nak bagi bersih dan kita puas hati nengok dengan bayaran yang dikenakan.


Lepas diskaun semua dapat laa RM260 untuk memutihkan semula si puteh ni. Tak tahulaa murah ke mahal kalau nak dibandingkan kat tempat lain. Tapi bagi aku mahal. Baik bagi aku duit tu boleh shopping kasut rayaaa.. hahahaha


So ni semua antara gambar gambar yang icik abam snap masa sesi menunggu. Untuk cuci kat dalam tak sepenuhnya dapat buat sebab kami dapat panggilan emergency dari kampung petang tu. Icik abam suruh dorang abeskan mane yang boleh aje, yang tak sempat tu icik abam suruh stop je. Sebab kami terkejar kejar nak ke banting pulak lepas tu. Untuk cerita emergency ni nanti aku ceritakan..




Salam Perkenalan,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...