Monday, July 25, 2016

Hasil Rembatan di Ikea Cheras Sempena Ulangtahun Ke-20


Ikea kini sudah dewasa!!! Sempena ulangtahun yang ke-20 ni terdapat 20 aktiviti menarik yang diadakan di cawangan Ikea pada 14 sehingga 17hb Julai yang lepas. Selama 4 hari tu, pelbagai hadiah boleh dimenangi.. Harga pulak time tu memang jauh lebih rendah dari harga biasa. Nak beli barang barang tersebut ade gak limit. Macam kami, target langsir aje, yang lain tu semua orang kirim. 


3 hari berturut turut kami datang sebab nak completekan stamp ni. Hahaha gigih sesangat..


Bila dah terjebak kumpul stamp, kalau tak completekan macam sayang pulak, sebab setiap stamp tu nanti kite akan dapat macam macam hadiah. Keseluruhan hadiah yang boleh di rembat seperti gambar di atas.


dua hari Q panjang sebab nak buat wax hand ni.. Dari dulu lagi aku teringin nak buat, akhirnya dapat jugakkk..

 
Dorang cakap kalau kat market luar nak buat wax hand ni dalam RM30 satu.


Yang kami buat ni pulak tak kena sesen pun cuma terpaksa beratur panjanglaa.. sebab memang ramai berebut nak buat ni..


Patutnya kami dapat dua Gift Card yang bernilai RM50 setiap satu, tapi memandangkan kami redeem lambat so gift card dah abes, dorang gantikan dengan Meal Voucher ni.. Sampai sekarang tak guna lagiii.. so sape nak beli voucher ni ingat nak jual murah murah aje.. hihihi


Ni jelaa satu satunye gift card yang dapat, tu pun hasil icik abam join contest makan hotdog.. cian kat icik abam, aku suh menang game tu so terpakse die makan lelaju aritu.. nasib baik tak tercekikkk hahahha


yang ni pulak tempat letak telefon. Dapatlaa dua ketul.. sorang satu, so tak berebut.. padahal kat rumah bukan buat ape pun..


dapat gak dua batang payung. Yang penting warne merah uollsss.. :p


yang ni pulak hasil bergambar kat photobooth..





Salam Perkenalan,

1 comment:

mama tisya said...

amboi gigih btul pegi ari2 ye..tp berbaloi la mcm2 dpt tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...