Tuesday, June 28, 2016

Pestaim Pergi Wake Service. Sedih Ya Amattt!

Rabu minggu lepas, sampai je kat opis dapat berita salah seorang senior manager kat opis ni passed away. Memang kami satu opis terkejut dan tak sangka sebab sebelum ni beliau sihat aje. Paling sedih,  waktu sebelum dia kena high attack tu katanya beliau nak mangun sahur, ye dari cerita opismate, beliau ni memang rajin puasa sebab nak hormat kite ni muslim... Walaupun pangkat "boss" tapi tetap peramah dan sentiasa hormat orang tak kira apa pangkat apa bangsa. Kalau nak cerita pasal kelakuan baik beliau memang takkan habis. Cukuplaa aku cakap beliau seorang boss yang baik dan peramah.


Bila dah bergaul ramai dengan kaum cina, sedikit sebanyak aku dapat belajar dan faham adat adat dorang. Terutama bila ada kematian macam ni. Biasanya bila kematian dorang akan buat funurel dan wake service. Selalu bila ade kematian aku hanya sumbang "Pak Kum" saja, tak penah lagi join wake service. Tapi kalini memandangkan Mr. Heng ni terlalu baik dan rapat dengan semua orang dekat opis ni, kami pegi jugak melawat tanda penghormatan terakhir kami kepada beliau.


Wake servis ni diadakan di Xiao En Centre selama dua hari sebelum funeral. Pestaim masuk tempat ni tak rasa seram sangat sebab tempat ni nampak macam "hospitality yang high class". Dah sampai bilik yang terdapat mayat Mr. Heng terus kami berjumpa dengan ahli keluarga yang menunggu kat situ. Kat situ nanti kita akan dapat nengok jasad beliau disimpan di dalam coffin. Time tu aku tak rasa takut tapi rasa sedih Ya Amatttt!! macam nak kejutkan Mr Heng dari tidur nak suruh dia mangun untuk masuk opis je.. T_T


sampai sekarang masih terasa yang beliau ada lagi.. hari hari nampak work station beliau mesti teringat kat dia... :(



Salam Perkenalan,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...