Tuesday, February 16, 2016

Muzium Kapal Selam Pantai Klebang Melaka


Okee ini entri kali kedua pasal muzium kapal selam ni. Kali pertama ritu pergi tapi tak boleh masuk lagi dalam kapal selam ni. So ni dah boleh masuk, datang lagi untuk nengok. Hehehhe


Muzium Kapal Selam Melaka di Pantai Klebang ni adalah muzium kapal selam yang pertama di Malaysia. Okee bangga sikit ye orang Melaka. Hehhehe


Kapal selam ni bernama SMD Quessant Agosta 70 dari Perancis yang dahulunye milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).


Kapal selam ni merupakan kapal selam latihan bagi krew krew kelas Perdana Menteri TLDM


Kapal selam ni telah dibawa pulang ke Malaysia oleh Kementerian Pertahanan Malaysia dan diserahkan kepada Kerajaan Negeri Melaka untuk diabadikan sebagai muzium di Kompleks Muzium Maritim, Pantai Berlian, Klebang Melaka.


Kerja kerja untuk membawa pulang kapal selam ni adalah dari pengkalannye di Brest, Perancis bermula 9 Oktober 2011 dan tiba di perairan Melaka pada 12 November 2011.


Fokus utama pameran muzium kapal selam ni ialah sejarah kapal selam dan perkembangan terutamanya di negara kita.


Dari ape yang aku google dan bace kat papan kenyataan yang ade kat muzium ni, kapal selam ini dibina pada tahun 1979. Kapal seberat 1,200 tan ni dibawa ke tanah air untuk dijadikan muzium telah membelanjakan sebanyak RM12.6 juta sebagai simbol kemajuan negara dalam bidang pertahanan maritim.


Kali terakhir Agosta 70 ini digunakan ialah sewaktu pelayaran di lautan Atlantik pada tahun 2009. Dan kemudiannye dijadikan kapal latihan sebelum diangkut menggunakan kargo untuk di bawa ke pantai Klebang. Ia ditarik dengan menggunakan sebuah trailer khas yang mempunyai 480 tayar sebelum diletakkan di Dataran 1Malaysia.


Kalau dulu mase awal pembukaan muzium ni, pelawat hanya boleh lihat dari luar, kini bahagian dalam kapal ni telah dibuka pada umum.


Jadi korang boleh lihat tempat simpanan peluru torpedi, ruangan kawalan kapal, dapur dan tempat tidur krew. Untuk lihat semua yang aku cakap ni, korang kenala scroll sampai abes entri ni ye.. Hehehhe






















Waktu Operasi :

Isnin - Khamis : 9 pagi - 5.30 petang
Jumaat - Ahad : 9 pagi - 6.30 petang


Harga tiket :

Dewasa - RM3
Kanak kanak - RM1


Alamat :

Dataran 1 Malaysia Pantai Klebang, Jalan Klebang Besar, 75200 Melaka.


Nak senang pakai waze je. Hehhehe


Salam Perkenalan,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...