Thursday, November 12, 2015

Family Day Out - Petrosains KLCC

Okee masih lagi bertungkus lumus update cerita yang dah lama. Cerita tentang kami ke Petrosains hasil menang tiket dari Astro. Alhamdulillah, dapat tiket lebih boleh bawak anak sedara dan kakak icik abam.
Apepun sebelum masuk mohlaa kite bergambar dulu. Kalau tak dapat free tiket entah bile lagi ni nanti nak masukkan.. Kalau dulu mase sekolah sekolah konpemlaa ade rombongan sambil belajar bagailaa kan. Ni dah kawen, kalau tak rombongan sendiri yang buat tak terpergi sini ni. Hihihi
Nak tahu harga tiket masuk ke sini better korang bace sampai abes entri ni. Pasti korang dapat jawapannye. Agak agak dah dapat jawapan tu, follow follow laa blog ni kot nanti korang boleh refer pape dari review yang aku buat kan. Tapi mane yang dah follow tu aku ucapkan terima kasih bebanyak. Walaupun blog ni jarang diupdate tapi ade jugak yang rajin jenguk aku nengok.
Kebanyakkan yang datang jenguk pun aku nengok dorang intai kat entri yang mane aku ade buat review macam ni. Walaupun blog ni untuk diri sendiri, tapi banyak jugak tempat tempat dan movie yang ade aku buat review. Tu yang ade je datang menjenguk tu. Tenkiuuuu tau!
Okeelaa, berbalik pada tajuk asal. Dah selesai redeem tiket kat kaunter depan tadi, bermulaa laa pengembaraan kami dalam Petrosains tu. Cewahhhh..
Bab memula ni mesti budak budak suke, sebab naik The Dark Side, tapi ade gak yang takut aku nengok, maklumlaa keretapi tu bergerak dalam keadaan gelap. Terang pun sebab ade pencahayaan dari screen screen kat dinding sepanjang laluan.
Sepanjang berada dalam keretapi camtu, kiri kanan korang boleh nampak wall yang penuh dengan pemandangan kat negara kita. Ade lalu macam macam hutan hutan sikit, gunung ganang, dapat nengok planet dan macam lagiiii.
Kalau tak silap dalam Petrosains tu ade enam kawasan yang boleh dilawati. Ade Petrojaya, Exploration, Sparkz, Geotime Diorama, Speed dan Molecule Nano World. Setiap kawasan ade fungsi fungsi dan maklumat tersendiri. Dari zaman dulu dulu kala sampailaa sekarang.
Selain tu kalau korang tak rushing macam kami aritu, korang boleh nengok tayangan 3D.
Pastu boleh nengok gak camne keadaan dalam pelantar minyak.
Sambil sambil tu macam biasalaa, haruslaa bergambar untuk tepek kat sini kannnn.
Ni kat kawasan speed. Kat kawasan ni banyak game korang boleh try. Budak budak ke orang dewase ke boleh je main game yang ade tu. Kami paling lama kat kawasan nilaa, sebab icik abam pun sama gedik nak try games game yang ade. Hihihi
Okee nak pesan, korang kalau nak ke sini mesti bawak mycard kan.. So bile ade mycard adelaa dapat harge terbaik sikit dari foreigner.

Yang ni gambar sepanjang kami naik The Dark Side yang aku cerita tu tadi.
Agak gelaplaa kan, tapi yang menarik korang boleh nampak bintang dan macam macam lagi. Korang tak kan rase busan atau sunyi sebab memang sepanjang korang dalam ala ala keretapi ni korang akan dengar info info pasal ape yang korang nampak tu.
Yang ni dalam mesin ribut rasenye.
Kalau korang duduk dalam tu, korang boleh rasa camne kedaan ribut. angin kuat semuaa.. Abes terbang terbang.. Nengoklaa rambut icik dah jadi macam ape. Keluar rambut kerinting kerinting die.. Nasib tak jadi lurus je.. Hihi
Ni pulak nak merasa jadi angkasawan. Hehhehe
Seterusnya korang cekidaut jelaa gambar gambar yang ade ye. Dalam ni aku memang banyak bergambar. Lagi lagi kat kawasan main bayang bayang cam kat bawah ni
Rase macam boleh pegang bayang bayang yang ade tu. Rama rama pun berterbangan ke kite. Cantik dan menarikkk. Yang part ni aku suke! Hahhaha




Bagi aku atleast korang kena spend mase kat dalam ni dalam 2 ke 3 jam.
Ni harga tiket yang aku janjikan tadi. Aku memang suggestkan ibubapa bawak anak anak ke sini. Sebab kat sini dorang boleh bermain sambil belajar. Untuk kanak kanak prasekolah pun ade tempat dorang untuk melukis dan melakukan aktiviti mereka.



Salam Perkenalan,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...