Wednesday, October 07, 2015

Kenduri Selamat Masuk Rumah Baru Sekali Celebrate Birthday

Cerita adik ipar aku buat kenduri doa selamat sempena dorang masuk rumah baru kat Puncak Alam.
Alang alang adik ipar aku ni buat kenduri doa selamat sekali buat family gathering belah mak mentua aku. 
Seronok sekali sekala kalau dibuat aktiviti berkumpul beramai ramai camni. Sebelum raya haji ritu dorang ade buat family day kat PD, tapi kami laki bini tak dapat join. Sebabnye cuti tade. Maklumlaa ritu dah cuti panjang mase pegi Bali. So ni nak kumpul balik cuti. Kot ade rezeki nak ke mane mane hujung tahun ni kannn
Bilaa nak berkumpul ramai ramai, yang paling nampak gembira dan gamat rumah tu dengan bebudak ni laaa. Anak buah dan adik adik sepupu icik abamm. Ramai gak yang kecik kecik lagiii
Rumah landed. Dapat berkumpul reramai syoklaa dorang main beskal bagaikan..
Abes jalan depan rumah dorang aje konker. Seb baiklaa jalan taman tu tak sibuk mane. Sunyi je kawasan keliling
Ni pulak percubaan nak buat tiang gol. Kekonon nak main bola sepakkk.. Hihihi
Kenduri doa selamat lepas asar. Lepas tu dah aktiviti santai santai aje. Sampailaa ke malam.
Sambil berkumpul sambil makan. Baru manfaat masa yang ade bersama family tu kannn hehehe

Dah abes makan, sembahyang jemaah semuaa, baru start BBQ
Budak budak pulak sibuk dok mandi kolam depan rumah.. Dari petang mandi ajak masuk tak mau. Kemain berendam dorang reramai malam tu. Hihihi
Sambil tunggu BBQ siap ade besday celebration pulak untuk babies August.
Lepas aktiviti tiup lilin pulak ade video montaj. 





Salam Perkenalan,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...