Sunday, September 13, 2015

Lunch yang Tenang di Bale Udang Ubud Bali

Bale Udang ni adalah sebuah restoren yang bertemakan ala ala kampung atau lebih dikenali dengan tema Alam Pedesaan di Bali. Makanan yang disediakan semuanye merupakan makanan khas sunda dan dimasak dengan bahan bahan segar yang ada di Bali.


Kawasan dalam restoren ni dikelilingi oleh kolam ikan yang luas. 


Korang boleh perhatikan, rekaan yang terdapat dalam restoren ni  sangat unik. Ia dibina dengan konsep tradisional. Penuh dengan buluh buluhhh.


Restoren ni terbina di kawasan open space. Sambil makan korang boleh nikmati angin angin sawah padi yang berhampiran. Siyes sangat nyaman dan tenteram nak makan. ✌


Sambil makan boleh main dengan ikan dalam kolam tu. Campak je roti, kang berpusu pusu ikan yang datang nak makan.


Mase kami pergi tu, memang kami banyak habiskan masa kat sini. Dah penat berjalan dari pagi so Pak Ketut suruh kami makan, solat dan berehat kat sini sekejap sebelum sambung berjalan sampai malam.


Kalau korang tanye pasal makanan pulak, konpem aku cakap sedapppp. Memang kene dengan tekak aku ngan icik abam. So kalau korang nak try tempat ni, memang recommended!


Kalau korang perhatikan sebelah kiri icik abam, tu adalah Bale Agung. Bale Agung ialah ruang makan dengan kapasiti besar yang boleh menampung sehingga 150orang. Kawasan utama ini sangat sesuai untuk acara acara besar seperti perkahwinan, majlis hari jadi dan sebagainya. 


Bale Agung terletak di tepi kolam ikan yang memberi rasa semula jadi dan tenang sambil menikmati makanan yang disediakan. Bale Udang Mang Engking ni juga menyediakan surau bagi umat islam untuk solat. 


So nilaa makanan yang diorder untuk kami. Tak tahu bape harge set nye, sebab makan minun kami sepanjang hari telah ditanggung. So tak dapat nak review harga. Tapi korang boleh google cari, kalau tak silap ade set sorang Rp80k

Keseluruhan review kite bagi 4 bintang
Rating : ★ ★  ★ ☆


Sebelum balik haruslaa bergambar depan restoren ni dulu. Bergambar di bawah banner Bale Udang, mase kami pergi ni time dorang raye, tu yang ade ucapan selamat hari raya tu.


Hari raya Galungan dan Kuningan, kat Bali ni banyak jugak perayaan, so kalau korang nak datang Bali elakkan pada bulan 3, sebab dalam bulan 3 ikut kalendar Bali tu hari raya dorang yang mane satu hari tak boleh keluar. Tapi agak agak terpakse gak pegi bulan 3 better check dengan dorang time yang korang nak pergi tu terkena dengan raya tu ke tak. Kalau takk, masaklaa korang kene duduk hotel je, sebab seharian memang tak boleh keluar jenjalan.


So ni video yang sempat direcord mase kat sane. ✌



Salam Perkenalan,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...