Saturday, June 13, 2015

Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu

Sape yang dah bace entri sebelum ni mesti dah tahu yang kami ke Terengganu dua minggu lepas. Nak tahu kenapa kami ke Terengganu, jemputlaa bace entri sebelum ni. Korang scroll sampai bawahh pastu korang klik kat older post. Sebenarnye ke Terengganu ni konon konon icik abam nak bawak aku jalan jalan sempena besday aku awal bulan lepas. Kalau ikutkan kami memang nak pegi jenjalan area pantai timur.  Sebab icik abam belum penah jejakkan kaki. Tapi alang alang ade member kawen, so tu kire sekali jalan laa tu hihihi
Kami gerak dari KL jumaat malam lepas balik keje. Siap siap semuaa pastu makan dulu then baru gerak ke Terengganu. Dalam pukul 9 lebih camtu kami kuar rumah. Niat malam tu terus nak ke Kuala Terengganu tapi dah separuh jalan icik abam cam tak larat nak drive.. So kami singgah Kuantan cari hotel. Alhamdulillah nasib baik dapat hotel walaupun sampai Kuantan pukul 2 pagi. Hihihi
Sebelum sambung perjalanan ke Terengganu keesokkan paginye, kami breakfast dulu di Kuantan. Dalam pukul 10 pagi camtu kami dah gerak ke Kuala Terengganu. Kami terus menuju ke Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu. Memandangkan ni pestaim icik abam pergi ke KT so ajaklaa masuk ke Taman Monumen ni. Ni kali kedua aku masuk ke taman ni. Pestaim dulu pergi mase degree. Lawatan sambil belajar dulu.. so kalini pergi dengan icik abam pulakkk. Hihi
Walaupun dah pergi sebelum ni, aku bukan ingat nau pun jalan nak ke situ. Jalan jalan ke KT ni semua kami ikut waze aje. Pastu follow je suggestion dari member member, mane tempat sedap nak makan, mane tempat best nak pergi. Alhamdulillah semua jumpa.. Nasib baik tak kene tipu dengan waze.. hihihi
Mase kami sampai di Taman Tamadun ni dah tengah hari. Kemain panas lagi cuace time ni. Kalau ikutkan aku memang dah tak larat nak berjalannn kat dalam tu. Nak naik aje trem yang disediakan dalam tu. Tapi ngajak icik abam tak mau pulak.. syok nak berjalan sambil nak snap gambar katenye.. huhu so ikutkanlaaa.. orang excited katekannn..
Memandangkan cuace tersangatlaa panas dan terikk time tu, aku memang tak mampu nak berselfie banyak banyak. Takut terdemam ke ape kannn.. Yelaa jauh lagik perjalanan kami, kalau dah sakit sakit pale kang mane best nak jalan kann.. so aku dah berjage jage tak mau kene panas nauuu.

Icik abam je semangat berjemur tengah tengah panas tu, semangat nak amek gambarrr katekannn. ✌

So korang cekidaut ajelaa gambar gambar kami kat dalam tu ye.. 
Eh eh.. sebelum tunjuk gambar monumen monumen yang lebih banyak, meh aku cerita ape yang terkandung dalam Passport Taman Tamadun Islam yang kami dapat mase nak masuk tu..

Pada awalnya, Islam bermula hanya sebagai satu komuniti terpinggir di tengah tengah gurun di negara Arab. Ia merupakan agama yang ditakdirkan untuk mempengaruhi dunia melalui ketamadunannya. 
Dari lembah gurun Arab ni, cetusan tamadun Islam telah berkembang ke benua benua di seluruh dunia dalam masa separuh abad setelah wafatnya Nabi Muhammad s.a.w. Penyebaran Islam dengan cepatnya tersemarak dari Afrika hingga ke Eropah dan dari India hingga ke China. Ia telah berkembang menjadi satu tamadun yang hebat, membentuk sebuah masyarakat yang kompleks dengan latar belakang etnik yang pelbagai. Ia disatukan oleh satu kepercayaan yang sama yang dikuatkan lagi oleh rangkaian ribuan masjid.

So terciptalaa Taman Monumen TTI yang unik ni. Terdapat 23 buah monumen Islam yang hebat dengan mengimbas kembali zaman kebangkitan Islam sebagai sebuah agama global lagi sofistikated.. ✌
Monumen pertama kami jumpa adalah Masjid Negara ni.
Masjid Negara ni dibina pada tahun 1965 sebagai tanda penghormatan terhadap Perdana Menteri Malaysia pertama. Bumbung utama merupakan lambang payung diraja yang terbuka dan menaranya pula adalah payung tertutup.  
Ni pulak monumen Masjidil Haram, Mekah.
Masjid ni menempatkan tempat paling suci bagi semua umat Islam iaitu Kaabah bermaksud tempat tertinggi yang terhormat dan berprestij. Bangunan asal masjid dibina menggunakan batu biru yang terdapat di Lembah Hijjaz.
Dalam tu korang boleg nampak Kaabah di tengah tengah tu. 
Ni pulak Masjid Badshahi, Lahore, Pakistan. Mashid ni dibina untuk Maharaja Mughal Aurangzeb Alamgir pada tahun 1673M. Ia merupakan masjid yang terbesar pada zaman tersebut. Mengikut sejarah ia boleh memuatkan sehingga 65,000 orang jemaah.
Ini Menara Kalyan Minaret, Uzbekistan. Menara ni telah dibina pada tahun 1127M oleh Aslam Khan. Menara yang diperbuat daripada bata yang dibakar ini merupakan contoh gabungan kejuruteraan awam dan rekaan senibina yang sempurna
Great Mosque of Agadez, Niger

Masjid yang diperbuat daripada tanah yang dikeringkan dibina pada abad ke-16 pada zaman kegemilangan Agadez. Ia mempunyai menara berbentuk piramid dengan 13 baris perancah kayu untuk mengukuhkan strukturnya.
Masjid Kul Sharif, Kazan Russia.

Pernah dibiar musnah, pembinaan semula mashid ini dijalankan setelah kejatuhan Soviet Union. Ia merupakan sorotan 1,000 tahun sejarah panjang Kazan dan rekabentuknya mengimbas kembali persekitaran bersejarah di zaman Kremlin.
Masjid Suleyman, Turkey ni dibina pada tahun 1557M, di zaman Empayar Ottoman dalam tahun ke-46 pemerintahan Sultan Suleyman. Ia menempatkan infirmari, sekolah perubatan, hospital, kedai, penjara dan tempat penyimpanan senjata.
Ni pandangan dari sisi.
Ini pulak Masjid Nabawi, Madinah Arab Saudi.

Madinah adalah Madinat Rasul Allah atau Bandar Rasul All yang merupakan kawasan kedua paling suci bagi umat Islam. Masjid ini dibina di atas kawasan rumah Nabi Muhammad SAW dan tempat baginda disemadikan.
Masjid Mohamed Ali, Egypt
Jug dikenali sebagai Masjid Alabaster berikutan penggunaan bahan ini dengan banyak di dalam pembinaannya. Masjid ini dibina oleh Mohammed Ali yang pada zaman pemerintahannya dianggap sebagai zaman pembaharuan Mesir.
Aleppo Citadel, Syria
Dianggarkan dibina pada abad ke 10 SM di atas sebuah bukit di Syria
Kota ini membuktikan kecanggihan teknologi umat Islam pada masa tersebut
Taj Mahal, Agra India
Maharaja Mughal kelina, Shah Jahan telah membina Istana Taj Mahal bagi mengenang kisah cinta abadinya. Ia juga sebagai simbol kasih sayang terhadap isterinya, Mumtaz Mahal.
Masjid Sheikh Lutfallah, Iran. Merupakan satu contoh senibina Islam yang terbaik dan dahulunya digunakan sebagai masjid diraja. Dibina pada abad ke-17 oleh Sheikh Lutfallah Maisi Al-Amilu, seorang cendiakawan dan tokoh agama terkenal.
Great Mosque of Samarra, Iraq. Masjid ni dibina semasa pemerintahan Khalifah Abassiyah Al-Mutawakkil pada abad ke-9. Berdiri dengan megahnya di dalam banda tertua di dunia, salah satu keunikkannya ialah Menara Berpusing yang terletak di bahagian utara masjid ini.
Okee setakat ni jelaa mampu aku upload. Kalau ikutkan ade je lagi monumen monumen yangvtak diupload kat sini.

Last sekali aku tepek gambar harga tiket untuk korang survey kot kot ade yang berhajat nak ke sini.. ✌



Salam Perkenalan,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...