Saturday, May 02, 2015

Pura Luhur Uluwatu, Bali

Lepas makan tengah hari di Restoren Pawon Pasundan tu patutnye kami pergi nengok Barong Dance pastu baru pergi Uluwatu, tapi memandangkan dah agak kelewatan dan kami pulak dah keletihan, so kami decide pergi satu tempat je sebelum check in hotel.

Kalau nak nengok Barong Dance ni pun kene bayar tiket die, pastu pulak ade time die untuk nengok, so agak agak cam tak sempat je nak nengok, kami decide ke Uluwatu ni je. So petang tu kami habiskan mase di sini aje.
Kalau ikut jadual, dari airport kami terus check in kat hotel, tapi icik abam cakap better jalan jalan dulu pastu baru balik hotel. Kalau dah balik hotel dulu kang takut malas dah nak kuar. Hihihi betul jugakk tu.. lagik pulak lepas makan kan..
So lepas makan kami habiskan mase ke Uluwatu Temple ni je. Kalau korang nak tahu, tempat ni tersangatlaa cantikkk. Sebab kawasan ni hanya beberapa meter je dari paras laut.
Kain purple dan kuning yang terikat kat pinggang kami berdua tu kami dapat mase nak register masuk ke Uluwatu ni, kire ni salah satu adat dorang kot. So sape je masuk ke Uluwatu Temple ni memang kene pakai camni. Tapi sesape yang pakai suar pendek atau skirt pendek kene pakai kain sarung labuh warne purple macam yang dorang dorang pakai kat belakang tu.
Nidiaa pemandangan petang tu di Uluwatu. Angin kencang seronok hirup angin laut. Pastu pulak airnye biru. Serius cantikkk. Cume time kami pergi tu cuace panas pulak. So tak larat nak berjemur lama lama kat situ.. hihi
Cukup amek sekeping dua setiap sudut di Uluwatu ni untuk kenang kenangan. 
Ni pulak video kat situ. Mesti korang pun akan cakap tempat ni cantik. Rugi tak singgah sini kalau ke Bali tau.
Memandangkan cerita ni dah lame, so korang cekidaut aje gambar gambar kami disane ye ✌

Okee lupe nak pesan, kalau ke sini korang tak digalakkan pakai spek mate atau handbag. Sebab tempat ni banyak kera, so kera kera kat sini agak agresif Pak Ketut kate, takut nanti die curik bawak lari dalam hutan lak.. so walaupun panas terpakselaa bukak kan mate untuk berselfie ditengah panas. 





Kawasan di Uluwatu ni sebenarnye luas untuk korang pergi. Cume korang larat tak larat je nak berjalan dan nak naik turun tangge. Tapi kalau korang nak bergambar di tempat yang cantik korang memang kene rajin berjalan sikit. Kalau tak, tak nampak keseluruhan kawasan ni.


Tapi kalau dah bergambar kat tebing tebing ni kenelaa berhati hati. Kawasan agak bahaye gak. Kalau tak hati hati takut tergelincir lak kang. 

Nak bergambar macam ni memang terase seram dan gayat sikit. Al maklumlaa kawasan tinggi dan bertebing macam ni. Hihihi
Kebanyakkan gambar kami amek secara selfie sahaja, tapi adelaa sekeping dua kami bagi Pak Ketut tolong amekkan gambar. Sebab Pak Ketut dah bape kali dengan rela hati nak amekkan gambar kami, tapi kami je cakap takyah.

So bilaa dah selalu nau die nak amekkan gambar kami, so kami bagi je die pegang kamera lagi satu tu, so agak agak ade gambar kami yang ade orang amekkan tu, kire Pak Ketut laa yang amekkan.. hihi

Dah puas berjalan dan bergambar kat sane mase untuk balik dan check in hotel. Icik abam time ni dah berpeluh peluh sebab letih berjalan tapi tetap tersenyum lebar bila aku suruh pose. Dapat berjalan katekan, letih letih pun tetap seronokkk.

Ni aku yang amekkan gambar icik abam sambil tunggu Pak Ketut dan driver amek kereta nak bawak kami check in hotel untuk mandi dan bersiap untuk dinner pulak.
Last sekali tepek gambar sendiri bersama motor motor di Bali. Kebanyakkan motor dorang kat sane skuter. Niat hati nak gak sewa moto ni ronda ronda kat sane, tapi pakej kami dah siap dengan kereta dan driver so tade mase nak selit selit nak meronggeng naik moto. Maybe next trip bolelaa kot kan. Yelaa kat sini kan selalu merempit, so bile kat sane nak gak rase merempit kat negare orang lak. ^^



Salam Perkenalan,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...