Tuesday, November 11, 2014

Review : Sewa Crown Imperial Apartment CH

 Weekend haritu kami sekeluarga bercuti di Cameron Highlands. Biasanya kami akan bercuti hujung tahun bile time cuti sekolah, tapi memandangkan dah tak larat dah nak tempuh jem dan crowded bagai so kami decide pergi sebelum cuti sekolah start.


Biasa kalau pergi CH kami duduk Tanah Rata je, mula mula memang plan nak duduk Tanah Rata gak, tapi dah booking apartment kat Tanah Rata tu tup tup tak dapat lak, so kami cari apartment kat Brinchang pulak. Tu yang book Crown Imperial Apartment ni


Apartment ni bertul betul bawah tu pasar malam CH. Tapi nak beritahulaa yang Pasar Malam CH ni dah tukar tempat, dulu berhadapan betul betul dengan balai polis, tapi time aku pergi tu nengok dorang dah beralih tapak di seberang jalan balai polis, tak jauh pun, bezanye seberang jalan je ^^


 Ni master bedroom.


 Setiap bilik memang luas, ade 3 bilik semuanya


 Ni bilik tengah. Pun luas dan selesa untuk kami


Bilik ni untuk aku ngan icik abam


Ni pulak bilik ketiga, luas jugakla, bolehlaa kaklong aku sefamily tidur dengan selesanye, sebab ade 2 katil


Yang ni dapur, pun luas


 Bagi aku apartment ni quite expensive. Luas tu memang luas, cuma yang aku tak bape sonok kat sini takde sediakan karpet langsung, tempat sejuk, so memang menggigil kaki pijak lantai. Pastu pulak parking kat sini terhad, so kalau konvoi ramai ramai memang jenuh nak cari parking, tapi nasib baiklah aritu kami pergi 2 kereta je, so agen tu pun arrangekan parking untuk kami


 Rating : ★ ★ ★ ★ ☆
satu malam kami sewa apartment ni RM380, agak mahal bagi aku tapi nasib baiklaa dekat dengan pasar malam so berbaloi gaklah sewa sini




Salam Perkenalan,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...