Friday, July 18, 2014

Tak Sampai Sebulan Tukar Tayar Baru

 Semalam motor masuk bengkel lagi. Tak sampai sebulan tukar tayar baru kene tukar yang baru lagi
 Ni semua sebab semalam otw nak balik rumah dari opis icik abam rase cam tayar gelong. Benti tepi check nengok tade lak pancit. Check punye check nengok nengok tayar yang baru tu cam problem. Macam kembung nak meletop. So ape lagiii, benganglaa icik abam, tak sampai sebulan tukar tayar tapi tayar dah jahanam. Nak kate beli tayar murah tak jugakk, sebab kami beli tayar tu seketul je dah RM100++ okee.
 Terus je icik abam ajak pergi kedai motor yang kami tukar tayar baru ritu. Sampai sampai kedai terus icik abam membebel kat taukeh kedai tu kenapa bagi tayar "cap ayam" sebab tak sampai sebulan pun pakai dah nak meletop. Memang tak logik sungguh. Sebab tayar sebelum sebelum ni pun paling paling setahun boleh guna. Nasib baiklaa kami perasan awal tayar tu kembung. Kalau terus terus meletop kat tengah jalanraya tak kenaye. hukhuk
 Disebabkan uncle ni dah tahu kot die bagi kami tayar "cap ayam" terus die tukar tayar yang baru FOC. 

***Pekerja die sendiri cakap ramai orang komplen kalau beli tayar kat kedai die.Huh~

Cerita tukar tayar yang sebelum ni DISINI
[Catatan : xbaik sungguh]


Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...