Thursday, July 17, 2014

Aktiviti Balik Kampung di Bulan Puasa

Kalau minggu sebelum ni dah balik kampung belah icik abam, minggu yang baru ni pulak kami balik kampung aku untuk berbuka puasa bersama sama orang melaka pulak
 Hari pertama berbuka puasa bersama tu icik abam dah buat pau goreng dah sebab nak ngajau adik aku yang bongsu tu. Dia nak nau belajar buat pau dengan icik abam. So pau yang dah siap tu tadelaa aku amek gambarnye. Cuma korang boleh nengok gambar pau tu sikit lebih kurang kat entri Entah Kenapa Kemain Rajin Nak Menguli
 Bilaa dah menjadi buat pau tu adik aku ni terujaa ler pulak nak menguli lagi, so die nak buat roti sosej pulak. Ni semua hasil bantuan icik abam, sebab kat dalam rumah tu die aje yang pandai bab bab nak menguli ni. Ade gak yang bertanya pasal resipi ni. Jap lagi aku bagi resepi die ye.. ^^
 Inilaa rupenye bilaa dah digoreng. Kalau nak baked roti pun boleh aje, boleh letak macam macam. Kalau goreng camni jelaa kot 
 Selain main masak masak kat kampung, icik abam main cat pulak
 Memandangkan kat dalam rumah tu ade 3 menantu lelaki so bahagi bahagi kawasan nak dicat. Sorang sorang amek turn sebab berus cat tak banyak. hihihi
Rajin sungguh menantu ibu ni kan.. hihihi

Okee berbalik pada resipi roti sosej tadi. Korang yang rajin nak buat boleh ikuti langkah penyediaan di bawah ni ye:
**********************
Penyediaan Doh Manis:
1/2 kg tepung gandum
1 paket Yis
1 1/2 sudu gula
3 sudu planta (tak perlu cairkan)
3 or 4 sudu susu pekat manis
Sedikit garam
250ml air

Masukkan air dalam besen + yis (bancuh). Masukkan tepung dan semua bahan bahan tadi. Uli dan perap sampai naik 2x ganda (dalam 30-45minit)
Bulat bulatkan (saiz ikut suka), rehatkan 10 minit.
Buat bentuk ikut suka + sosej, rehatkan lagi 10minit sebelum goreng@bakar.

**Kalau bakar suhu 160, 6-10minit.
Sapukan campuran susu + kuning telur. Dah siap bakar sapu mentega bagi berkilat
***************************
Selamat mencuba
[Catatan : resipi ringkas icik abam]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...