Thursday, March 13, 2014

Review Filem Fobia Malam Pertama

Sebut sahaja tajuk filem "Fobia Malam Pertama" pasti ramai yang mengaitkan cerita ini dengan kisah-kisah yang tidak sepatutnya. Bagaimanapun filem ini tidaklah seperti yang disangka, malah lebih banyak mesej berguna cuba disampaikan melaluinya.

Menurut kata perngarahnya, Murali Abdullah, filem ini mengisahkan berkenaan masalah sosial yang dilalui golongan wanita dn pada masa sama turut memberi mesej yang berguna buat golongan lelaki. Sebenarnya cerita ini adalah berdasarkan kisah benar di mana terdapat seorang wanita mengalami fobia untuk mendirikan rumah tangga. Memang cerita ini ada beberapa unsur seks yang diselitkan dalam filem ini namun ia tidaklah melambangkan yang lucah tetapi lebih kepada mesej berguna kepada mereka yang telah mendirikan rumah tangga.
Rating : ★ ★  ★ ☆
Nak bagi 3 bintang nampak macam sikit sangat. So aku bagi 4 bintang ikut sesedap rasa aku.. Sebab cerita ni ade babak sedih, babak romantik, babak kelakar, babak tragis, babak ala-ala KL Gangster dan macam-macam babak lagi.. hahahha 

Sinopsis: Filem ini menceritakan kisah Asyraf dan Zaty. Zaty seorang gadis yang takut untuk jatuh cinta kerana dia percaya bahawa kerana sumpahan gelap pada keluarganya apabila dia jatuh cinta dan berkahwin akan mati selepas melahirkan anak pertamanya. Asyraf pula adalah 'playboy' yang telah pulang dari pengajian di Indonesia dan telah diberitahu bapanya bahawa dia perlu berkahwin dengan dara kerana ia adalah tradisi keluarga. Asyraf kemudian mendaftar ke kolej yang sama seperti Zaty dan dengan itu bermula komedi epik sebagai dua burung cinta perlu berurusan dengan bomoh, kedua mertua dan bagaimana Zaty cuba menyelamatkan diri daripada hamil di malam pertama
Penampilan istimewa Julia Perez dan Syafnida Shuhaimi, adik ipar kepada Azad Jasmin

Filem terbitan Nusantara Seri Karya (NSK) Sdn Bhd ni mula ditayangkan dipawagam tempatan mulai 13 Mac 2014
[Catatan : 4 tiket]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...