Tuesday, April 30, 2013

Video Dalam Memory Card Henpon Lame

Memandangkan bb aku dah tak gune. Aku ameklah memory card bb tu masuk kat note aku ni. Belek punye belek arini terjumpe video-video lame time aku keje sebagai Land Administrator & Coordinator. Ceh ceh.. panjang sungguh name jawatan tu kan. Dah kat dalam apoimen letter dulu tulis camtu, kte ikutkan aje. Tapi kalau nak senang faham sebagai Land Exec aje. ^^

Skop keje aku semua berkaitan dengan land atau tanah. Lebih kepada pengambilan tanah. Maybe sape yang amek course property faham la kot kan.

Eh ape kaitan skop kerja aku yang dulu dengan topik entri hari ni kan???? semuanye akan terjawab selepas ini.. kuikuikui

Pendekkan cerita, nak buat projek landasan keretapi berkembar memang memerlukan pengambilan balik tanah. So segala macam proses untuk dapatkan tanah tu perlukan plan.


Memandangkan aku ni keje dengan dorang yang berketurunan Shah Rukh Khan dan bla bla ni.. Kadang-kadang perbincangan dorang aku bukan faham sangat. Bile dorang bertekak-tekak bincangkan satu-satu isu tu ni la keje aku. Dok rakam ape dorang cakap. hahahaha



Ni pulak aku rakam time pegi site visit kat Sungai Gadut Station. Skang stesen ni dah lame dah beroperasi.. ^^

Eh teringat-ringat pulak dengan kerje lame.. hikhik

[Catatan : IRCON]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...