Wednesday, April 17, 2013

Pratonton Filem Kecoh! Hantu Raya Tok Chai

Ini kisah malam tadi. Dapat enam tiket. Tapi sebenarnye aku menang 8 tiket. 6 tiket menang dari Cinema Online dan 2 tiket lagi menang dari Tupai. Tapi last minit dapat call dari tupai, dorang beritahu yang 2 tiket tu dorang akan gantikan dengan cerita lain iaitu Hummingbird.
Filem Hummingbird ni akan start ditayangkan pada 9 Mei 2013. So untuk pratonton filem ni pulak pada 8 Mei. 

Okee, berbalik pada cerita pratonton Filem Kecoh!Hantu Raya Tok Chai ni aku bagi 3 bintang aje

Rating : ★ 
  
Sinopsis : Filem ni merupakan arahan Opie Zami. Filem komedi/seram ni mengisahkan cerita di sebuah kampung kecil, tinggal Tok Chai yang merendah diri dan membela seekor Hantu Raya. Hantu Raya tersebut memberi Tok Chai hidup yang senang tetapi semua benda yang baik harus berakhir. Di "Kecoh! Hantu Raya Tok Chai", cerita bermula apabila Tok Chai meninggal dunia, yang merisaukan Hantu Raya tersebut kerana pengebumian Tok Chai bererti pengakhirannya. 

Oleh itu, Hantu Raya cuba menghentikan penduduk kampung dari mengebumikan Tok Chai. Dengan kebijaksanaan Tok Imam dan usaha Ebby, Korporal Lisa, Tok Penghulu, Sarjan dan pengikut mereka, mereka bertekad untuk mengebumikan Tok Chai sebelum fajar menyingsing. 

Berjayakah Hantu Raya menghentikan pengebumian Tok Chai? 
Siapa akan menjadi mangsa korban untuk menenangkan Hantu Raya? 
Dan soalan yang penting sekali, siapa yang akan menjaga Hantu Raya apabila semua benda berakhir?

Semua ni akan terjawab bile korang dah tengok filem ni.. ^^ 


 [Catatan : balance 2 tiket.]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...