Wednesday, April 25, 2012

Tayar Buat Hal!

Ni kisah sabtu yang lepas. Boleh le pulak tayar tu buat hal kat tengah-tengah highway. Tak tahu tayar ni pancit sebab ape, tak pergi kedai tayar lagi. Skang dugong pakai tayar spare lagi.

Tapi apa-apa pun tetap bersyukur, kami berdua selamat. Alhamdulillah. Mane tak nye, time tu kelajuan dalam 140 km/j. bukan saje-saje laju okeh, kami tengah konvoi untuk pergi outdoor shooting kat Putrajaya. Eh chop, before terlambat, aku nak ucapkan dulu Selamat Pengantin Baru buat Sahabat aku, Ateen. Die ni ex-roommate aku mase duduk rumah sewa kat Parit Raja. nanti aku update blog pasal ko kawen lak eh Ateen. hehehe ^_^

Okeylah, balik pade cerita asal. Sebelum kejadian ni, kami dah berkampung kat Klang dah seharian dah. sebab meraihkan majlis kawan aku tu. Selesai je majlis konpemlah ade sesi outdoor kan. Bincang punye bincang, abe-abe photographer ajak outdoor kat Putrajaya. Jadinye, kami reramai pun join lah sekali. So pergilah dalam 5 buah kete camtu. kami gerak dari Klang rasenye dalam pukul 5.30 petang kot.

Nasib baik cuaca okeh time tu, tapi masing-masing kene cepat. Yelah kan, risau dah gelap kang kejap je dapat shoot gambar pengantin kan. so bile dah berkonvoi tu, yang depan sekali konpemlah abe-abe photograper kan. Dorang ni pulak naik Hilux. So jenuhla memasing yang kat belakang tu nak mengejar kan. Risau ade yang tercicir, En Abam bagi lah yang lain-lain ke depan dulu dan kami yang terakhir. so, kami follow jela yang depan. time follow meng"follow" tu, masing-masing rasenye dalam kelajuan 120-140km/j. Fuhh!! dasyat masing2. Harap-harap tak kenalah speed trap.

Jauh jugak sebenarnye Klang nak ke Putrajaya tu. So masing-masing saling kejar mengejar supaya tidak tercicir kan. Sebelum je sampai exit ke Putrajaya tetibe bunyi kedentang kedentung yang kuat! Mak aii, terus En. Abam cakap kat aku, "tayar pecah, tayar pecah. Call dorang suruh jalan je dulu". Serta merta En Abam bagi high beams kat kereta member aku yang depan dan terus pasang hazard untuk ke lorong kecemasan.
turun je kereta masing-masing xsabar nak tengok tayar ape dah jadi. hukhuk. Tengok-tengok dah kempis dah. Syukur Alhamdulillah, nasib baik tak ada apa-apa dan sempat pergi ke lorong kecemasan. sebelum bunyi kedentang kedentung tu kami ade kat line paling laju. kalau tak silap kelajuan dalam 130-140km/j.
Disebabkan nak gak join dorang-dorang tu pergi shoot outdoor, En Abam cepat-cepat keluarkan tayar spare then letak kon ngan penande kecemasan bagai kat tepi jalan sebelum start tukar tayar.
Sempat En. Abam buka baju dulu sebelum nak tukar tayar. Yelakan, kate nak join dorang kan. kang berpeluh-peluh lak kang.
Mule-mule kenalah tanggalkan dulu tayar yang pancit tu
 Dah tanggal tayar tu, pasang lak tayar spare
Sebelum tu, En. Abam masukkan dulu tayar yang pancit tu dalam kereta. pastu, teruskan lagi pasang tayar spare
Okeh dah ciap!

Dah ciap terus je tanye dorang-dorang tu kat mane
En. Abam pun cepat-cepat lah kemas ape yang patut. Aku, die suruh duduk tepi je. nengok je ape die buat. huhuhu
Tapi malangnye, kereta lak tak boleh start! hukhuk

bateri problem tetiba. Abes sume kene set up balik. Jam pun xbtol dah. Bukan pukul 1.01 pun time tu. hukhuk
Last-last En. Abam call je Plusline minta bantuan. kire nak jumper jap. 

Tunggu punye tunggu orang Plus, bantuan pertama sampai. tapi bukan orang Plus la. ^_^
Bantuan pertama: Seorang lelaki cina

  Orang tu tanye kat En Abam kenapa dengan kereta. then En Abam pun cakapla tak tahu, maybe bateri problem kot. Pastu terus die suruh En. Abam try start. Masih tak boleh juga. Pastu die cakap die nak cabut bateri tu nak pergi cas. memang tak bagi lah kan. En Abam cakap je takpe, takpe, dah call orang Plus. Padahal dah jenuh dah tunggu. hukhuk
Bantuan kedua : Orang India

Lame pastu datang Bantuan Kedua pulak, kali ni dorang kat laluan bertentangan. Ade sorang je turun dan terus melintas ke arah kami tanye kenapa dengan kereta. Cakap punye cakap dengan En Abam terus die suruh kawan-kawan die tu bawa kereta ke arah kami.

Disebabkan hari dah semakin gelap, terus jelah En Abam minta tolong dorang jumper. Tunggu orang Plus pun tak datang-datang kan.
Ok! kene pau sikit. Nasib baik sikit lah kan. Selesai masalah. tapi hari pun dah gelap. so kami amek keputusan terus balik KL jela. Sebab pastu nak kene amek mak mentua kat Mahkota Cheras lak. So, tak tercapai lah hajat nak berposing-posing bagai dengan dorang-dorang tu.

Okeh abes cerita sedih! hukhuk
[Catatan : Tak ada rezeki!]

Salam Perkenalan, 
With Love

Norliza Nordin

Wednesday, April 18, 2012

Cerita Telor Separuh Masak

 kali ni nak cerita pasal breakfast telor. En Abam memang suke sangat makan telor. telor ape? kompemlah telor ayam kan. Die suke sangat kalau telor tu dibuat separuh masak.

Al-maklumlah, bile dah kawen konpemlah si isteri akan buat atau sediakan segala ape yang disukai oleh suami kan. Disebabkan sebelum kawen ni aku tak pernah buat telor separuh masak kat rumah, selalu buat kat kedai je kan. so bile dah kawen ni aku pun cube mencube lah buat kat rumah. 1st time aku buat memang xmenjadi. dah hampir keras dah telor tu. hehehe. maaf En. Suami. Patu seterusnya try buat lagi. kali ni macam suku pulak masak. haishh.. susah jugak rupenye nak buat telor separuh masak ni.! hahahaha.. teruk betol aku ni sebenarnye. :(

walaupun sentiase tak menjadi dan tidak mengikut kehendak En. Abam, aku tetap nak buat sampai menjadi. Tak putus ase tu. tapi maybe En. Abam yang jenuh nak menunggu sampai jadi kot. hukhuk
tupasal lah die belikan bende alah ni mase kiteorang merayap-rayap kat Vivahome haritu. hehehe
bende alah ni memang sesuai untuk aku, mudah dan tepat! konpem masak ikut kehendak En. Abam. sebab kat bekas tu memang dah ade petunjuk paras yang sesuai kalau nak buat telor separuh masak ni. so kalau terleka ke ape, xdelah risau sangat kalau nak dibanding dengan buat secara manual.. hahahaha

kepada sesape yang teruk macam aku ni, bolehlah dapatkan bekas ni di kedai-kedai berhampiran anda. cara nye mudah je. Meh aku tunjukkan. hehehe :p
Pertama sekali kena sediakan air panas. Pastikan air tu betul-betul panas.
Sebelum air panas masak, sediakan telor dahulu. Kira basuhlah dulu telor tu ye.
Patu masukkanlah telor tu ke dalam bekas seperti gambar di atas. ^_^
bile air panas dah siap cepat-cepat masukkan air tu ke dalam bekas yang telah diisi telor dalamnye. Isi air panas mengikut sukatan yang betol.
 selesai je masukkan air panas, terus tutup berkas tu. So biarkan air panas tu turun sampai abes. Bile air panas tu dah turun habis seperti gambar di atas, telor separuh masak tu dah boleh dihidang untuk di makan! ^_^

Okey, selesai sesi membuat telor separuh masak. Pani kalau aku masak bende lain nanti aku ajar korang pulak ye. hahahhaha. 

sangat memalukan haih ajar masak telor separuh masak ni. but sharing is caring kan. Sekian. ^_^

[Catatan : Murah je bekas ni! :) ]
Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?

Monday, April 16, 2012

Doa untuk mendapat zuriat

Pejam celik pejam celik hari ni usia perkahwinan kami dah masuk 3 bulan, 3 minggu 3 hari... 333! secare kebetulan.. adakah tu nombor bertuah bagi kami atau pun tu adalah tande untuk kami ber"2" berjadi 3.. hohoho.. doakan yang terbaik buat kami. Insya Allah.
Jom amalkan doa ni untuk mendapat zuriat :

Surah Al-Imran, ayat 38;
Maksudnya:
"Wahai tuhanku, kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan".
Itu adalah doa Nabi Zakaria ketika baginda meminta zuriat dr ALLAH..Isterinya mandul dan sudah tua mustahil untuk dapat anak..tapi ALLAH Maha Berkuasa...sama2 lah kita mengamalkan doa ini untuk mendapatkan zuriat yg soleh/solehah.... Insya Allah, aminn


p/s : Antara petua untuk mudah mendapat zuriat ialah dengan perbanyakkan sedekah jariah dan berpuasa sunat
[Catatan : ^_^]
Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?

Thursday, April 12, 2012

Gempa Bumi Melanda Acheh, Indonesia

12 April 2012 : Semalam gempar dengan berita mengenai gempa bumi di Acheh Indonesia. Dua gempa bumi kuat melanda Pulau Sumatera utara, gempa yang berukuran 8.9 dan disusuli dengan gempa kedua pada 8.6 pada skala Richter telah menggegarkan kawasan terbabit.

Gempa yang berpusat dan dikesan pada kedudukan kira-kira 431km barat daya Banda Acheh telah menghasilkan tsunami kecil setinggi berukuran 80sm dipersisir pantai Meulaboh, barat Acheh dan disusuli beberapa ombak yang lebih kecil selepas itu.

Manakala pada hari ini, gempa bumi berukuran 5.5 pada skala Richter berlaku di utara Lautan Hindi pada 6.52 pagi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya berkata pusat gempa itu terletak 675km ke barat daya Great Nicobar, India, dan 1,192 km ke barat daya Kampar, Perak.
Sekiranya Tsunami berlaku, jauhkan diri dari pantai. Sharing is caring. ^_^

"Tidaklah bumi bergoncang kecuali kerana ada maksiat-maksiat yg dilakukan di atasnya. Bumi gemetar kerana takut Allah melihatnya." - Kaab bin Malik RA

p/s: Pray for Acheh. Ya Allah, selamatkan saudara seislam kami di Acheh. Amin

[Catatan : Jauhkan diri dari pantai!]
Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?

Wednesday, April 04, 2012

Jalan-Jalan Cameron Highland

Ini cerita hujung minggu yang lepas. Dah alang-alang balik kampung kat Perak, kami ambil lah kesempatan pergi makan angin. ^_^

kami pergi Cameron Highland sebab tempat ni memang dekat sangat dengan Tapah. Dulu dah pernah pergi time balik Tapah, tapi sayangnye bile pergi time tu strawberry tak ada. Buahnye habis, sebab ramai sangat pengunjung time tu. Al-maklumla, time kami pergi tu tengah cuti sekolah. huhuhuhu
Map Cameron Highland

Disebabkan kami singgah rumah pak mentua di Tapah, so kami mulakan perjalanan dari Tapah. Kami pergi berempat. Aku, icik abam, bapa mentua dan adik ipar. ^_^
Check point kami yang pertama adalah di Hutan Lipur Lata Iskandar. Kat situ kami cume singgah amek-amek gambar je. ^_^
 Tengok-tengok ape yang berkenan kat deretan kedai yang ada kat situ. ^_^

Tapi kalau korang berada kat sini sambil berjalan-jalan mencari bende yang hendak dibeli, korang kene berhati-hati, sebab kedai-kedai di situ terletak ditepi jalan, so banyak kenderaan yang dari dan nak ke Cameron lalu disitu. Time kami kat situ, memang banyak kerete dan lori yang lalu lalang kat situ, ade yang bawak laju. so sila berhati-hati. ^_^
 Memang sangat cantik air terjun kat sini. Ramai gak yang mandi manda kat situ. Time kami datang ni, memang dah ramai yang mandi
  Disebabkan ramai sangat, kami main-main air aje lah. Air kat situ memang sejuk teramat!
Dah puas main-main air, kami pun beredar dari situ untuk teruskan perjalanan ke Cameron
Icik abam mengadu lapar. Padahal sebelum gerak dari Tapah tu dah sarapan dah. so singgah kejap beli satay kat tepi jalan tu. Satay kat situ memang sedap! kalau tak caye, cubelah rase. ^_^
Sepanjang perjalanan mendaki tu, memang banyak rumah-rumah orang asli. Disebabkan jalan yang melengkau-lengkau nak naik ke atas tu, aku pun sibukkan lah diri aku dengan mengambil gambar rumah-rumah tersebut. Nak elakkan pening.
Dari bawah nak naik ke atas makan masa 2 jam jugak lah, sebab jem!  huhuhu



Dah sampai kat atas, 1st destinasi kami adalah Tea Plantation. Tempat die memang sangat luas. Hampir keseluruhan tempat kami pergi gara-gara icik abam nak cari tempat Vanilla Coklat! demam vanilla coklat masih ade tu. ^_^
Dah puas bergambar dengan pokok-pokok teh, kami pergi pulak ke Animal Farm,Vegetable Farm, Flower Farm, Cactus Farm dan semestinya Strawbery Farm. Cekidauuut! ^_^

  Ice-cream kat sini memang terbaik! serious sedappp!

Sekian. ^_^

# Bukit Brinchang adalah bukit tertinggi di Cameron

[Catatan : Kami heret dugong naik B. Brinchang.]
Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...