Thursday, April 07, 2016

Kilang Bateri Everyday Johor Bahru Sebuah Kafe Yang Sangat Vintage Dan Unik

Kilang bateri yang asalnya tempat kilang bateri everyday telah diubahsuai menjadi tempat lepak yang vintage dan sangat unik kat Johor ni. Kilang bateri Tampoi yang dulunye menghasilkan bateri telah ditutup atas sebab sebab tertentu dan kini berubah menjadi tempat membeli belah, tempat makan dan tempat berkumpul beramai ramai.


pestaim kami datang sini, bff yang duduk jb yang ajak jumpa kat sini, so tula pestaim jejakkan kaki kat situ. pastu datang lagi JB ni tu yang singgah buat kali kedua. Singgah sebab icik abam nak beli t-shirt kat JOHO ni, aritu datang design yang display tu tak jual lagi...


memandangkan kami sampai kat JB dah malam, pastu tak makan malam lagi tu yang ke cafe fulltank ni. mase kami datang ni punyelaa ramai orang, maklumlaa malam minggu. sebelum ni kami datang waktu siang, macam tak bape ramai orang, kalini datang waktu malam baru nampak meriah sesangat. memang berbeza suasana waktu siang dan malam kat sini..


malam tu macam dah letih sikit badan so aku order lempeng aje, tapi icik abam macam biasa mesti order nasi.. kalau tak nanti perut die menangis tak dapat makan nasi.. hahahha


sambil makan sambil selfie, walaupun dah letih dan ngantok time ni.. hehehe

Keseluruhan review kite bagi 4 bintang
Rating : ★ ★  ★ ☆


kilang bateri ni dibuka bermula pukul 12 tengah hari sehingga 12 tengah malam. Kebanyakkan kedai dalam kilang ni buka sehingga lewat malam lagi lagi kedai kedai makan yang ade kat sini. Kilang ni baru lagi beroperasi tahun lepas, so masih ade jugak lot lot yang kosong kat situ..


ni suasana dan keadaan kat kafe Fulltank ni bila malam, rasenye dorang bukak waktu malam je kot, sebab mase datang yang siang tu macam tak nampak lakkk hehehe..


sebelum turun sempat lagi bergambar kat tepi tangga nak ke kafe ni...


Cupchai pun ade kat sini, aritu mencari kacang pol kat kafe ni gak, tapi kat cawangan bandar baru uda... Mane yang tak tahu lokasi tempat ni korang boleh je guna waze, tak pun korang ikut alamat kat bawah ni;

Kilang Bateri,
No.83, Jalan Tampoi,
81200 Johor Bahru.


Salam Perkenalan,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...