Monday, February 22, 2016

Deluxe Room - I Leaf Boutique Hotel Danga Bay Johor

Memang pengalaman sungguh bila tidur kat hotel bajet ni. Mane yang follow fesbuk aku mesti dah tahu ape ceritanyekannn..


Okeelaa sebelum cerita "pengalaman" itu aku tunjuk dulu gambar gambar dan kemudahan yang terdapat dalam bilik ni.


I Leaf Boutique Hotel ni terletak di Danga Bay. Hotel ini menawarkan bilik bilik berhawa dingin yang ringkas dengan bilik mandi peribadi dan akses WiFi secara percuma. Ia mempunyai kaunter penerimaan tetamu 24 jam.


Setiap bilik dilengkapi dengan TV dan water heater. Peti ais kecil pun disediakan di dalam bilik.


Seterusnya korang layan jelaa gambar gambar yang ade, sambil sambil tu aku sambung balik cerita konon konon kami dapat "pengalaman" bila menginap di hotel bajet ni.


Kami pergi JB minggu lepas atas urusan kerja. Icik abam kene outstation ke JB ahad tu, so alang alang kene pegi time weekend, so aku pun gatal mengikut sekali laa.. Yelaa takkan nak tinggal sensorang kat rumah time time cuti kan. So aku pun follow laa icik abam ke JB. Kami gerak ke JB sabtu petang. So malam tu kami cari hotel bajet yang berhampiran dengan tempat meeting icik abam keesokkan harinye tu.


Kebiasaannye kalau icik abam outstation, pihak company memang akan sediakan hotel untuk dorang, tapi ni dah last minit punye plan, so kene pergi pun bukan waktu kerja, terpakse laa cari hotel sendiri dulu pastu baru claim balik. Bilaa dah kena cari hotel sendiri, kami pun cari hotel bajet yang berhampiran jela. rase dekat dan selesa untuk kami berdua terus je check in.


Nak dijadikan cerita, esoknye tu adalah Valentine day, so ade "rush" kat hotel hotel bajet. Termasuklaa hotel yang kami check in ni. Bilik kami pun diketuk konon nak "serbu" kami. Kebetulan time dorang datang nak serbu tu icik abam baru je rushing keluar bilik hotel nak pergi meeting. Hotel bajet, dorang tak sediakn kad hotel dua, so bila bilik kami diketuk, aku ingat icik abam patah balik untuk amek barang tertinggal ke. Tapi ketukannye tu lain macam, so aku dah terpekik menanye dari dalam..tanye, "Sape tu?? abang ke??"... Aleh alehh, orang luar cakappp.. "room service, bukak pintu.." okee aku pun bukak. Bila dah bukak baru die cakap kami dari Jabatan.... nak check bilik.


Sebelum icik abam keluar, icik abam dah pesan jangan bukak pintu atau bagi orang lain masuk kalau die tade. So bila dorang tu datang nak masuk check bilik, aku bagitahulaa siap siap yang husband tade dalam bilik. So terus die macam nak tolak pintu nak gak masuk. Memandangkan aku tak bertudung time tu, aku pun cakapla tak boleh, nak ape.. so pegawai perempuan aje yang masuk. Nak check bilik, sambil tu minta kad nikah. Aku pun cepat cepatla tunjuk kad nikah kami. Dah nengok baru dorang puas ati, baru nak cakap elok elok. Aku sensorang diri dah gelabah biawak dah time tu. Tak masal masal pulak kena serbu.. Ape pun kalau tak salah buat ape nak takutkan.. anggap jela itu sebagai kenangan.. hahahha


So itulaa kenangannye.. hehehe


Salam Perkenalan,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...