Wednesday, February 18, 2015

Pratonton Filem Gudang Kubur

Tiket ke Malam Pratonton Filem Gudang Kubur ni aku dapat lebih, so bolehlaa bawak adik adik dan kakak kat opis yang rajin nengok wayang tu. hihihi
Pratonton untuk Filem Gudang Kubur ni berlangsung pada 9haribulan hari tu, patutnye lepas je nengok pratonton filem ni  dah boleh update review untuk filem ni, tapi boleh pulak aku terlupe. Kuang3
Malam pratonton filem Gudang Kubur ni berlangsung di Cathay e@Curve Damansara. So ramai artis yang hadir untuk menjayakan malam pratonton filem ni termasukla pelakon pelakon utama dalam filem ni. Macam biasa, sebelum dapat masuk hall mestilaa berselfie dengan banner filem ni dulu, baru orang tahu kite pergi pratonton malam tu. Hahahaha :p
Filem Gudang Kubur ni adalah filem ketiga terbitan Mangkin Prestij Sdn Bhd yang menampilkan pelakon pelakon hebat seperti Faizal Hussein, Nora Danish, Atikah Suhaime, Epy Kodiang, Along Eyzendy, Pablo Amirul dan ramai lagi. Filem ni bergenre seram dan dibawah arahan pengarah "Pengantin Malam" iaitu Eyra Rahman
Filem Gudang Kubur ni dah mula ditayangan di pawagam bermula 12 Februari aritu. Filem ni mengisahkan cerita sepasang suami isteri, Anwar (Faizal Hussein) dan Zarra (Nora Danish) membeli sebuah gudang untuk perniagaan jubin mereka. Tanpa diduga, gudang tersebut didiami oleh "sesuatu" yang tidak senang dengan kehadiran pasangan tersebut. Mereka mula mengalami pelbagai gangguan mistik yang akhirnya mengakibatkan rumahtangga mereka goyah. Nak tahu kesusahan cerita dalam filem ni, korang kenelah nengok sendiri ^^

Memandangkan filem ni dah mula ditayangkan dipawagam bermula 12 haribulan aritu, so kite layan jelaa dulu sedikit sebanyak gambar sekitar Malam Pratonton Filem Gudang Kubur! ^^
Bersama pelakon utama filem ni, Atikah Suhaime. Dah makin popular dah Atikah Suhaime ni. Mane taknye, lakonannye pun boleh tahan mantap, cantik pulak tu, opkos makin ramai yang suke pelakon dari singapura ni ^^
Dan yang ni pulak opkos hot mama Nora Danish, tak kan tak kenal kan, malam tu agak kecewa gakla tak sempat nak berselfie dengan pelakon utama ni, wartawan lebih cepat tangkap so memang tak dapatlaa nk ajak berselfie, so snap aje gambar pelakon ni mase die kene interview. huhuhu
Dan yang ni pulak pelakon cantik manis, Adiba Yunus yang sentiasa kiut miut aku nengok. Serius suke nengok muka adiba ni kalau berlakon, tapi untuk filem ni, Adiba Yunus ni tak berlakon pun, cuma datang beri sokongan kat kawan kawan perjuangan je kot hihihi
Ni pulak Epy Kodiang, dalam filem ni, watak die yang membuatkan kami terhibur ^^
Tu jelaa pelakon yang dapat berselfie bersama sama, pastu kami dah boleh masuk hall
Dalam hall berselfie lagiii ^^
Dah abes wayang nak kuar hall, baru dapat berselfie dengan pelakon otai yang merupakan pelakon utama Filem Gudang Kubur ni, Faizal Hussein, kemain tinggiiii.. hihihi. Tapi serius abang Faizal Hussein ni sporting aje bile diajak berselfie ^^

Rating : ★ ★  ★ ☆
Untuk filem ni aku bagi 4 bintang, bagi aku filem ni seram dan kelakar. Kalau bace dari review orang orang yang nengok selepas 12 Februari yang lepas, katenye sambutan amatlaa menggalakkan. So sape sape yang belum menonton Filem Gudang Kubur ni bolehlaa korang nengok di pawagam, minggu ni kan cuti panjang so bolehlaa nengok wayang.. hihihi


Salam Perkenalan,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...