Wednesday, July 30, 2014

Berposing Sebelum Raya

Ni lagi kisah yang tertangguh untuk diupdate sebelum balik kampung untuk beraya
Kami memang dah plan untuk bergambar sama sama sebelum nak bercuti panjang
Ni semua sebab nak buat gambar untuk emailkan salam raya kat semua staff kvmrt
Kalau ikutkan department kami tak cukup sorang ni
Tapi kami tetap bergambar walaupun dah tak cukup korum
Seterusnya korang nengoklaa gambar kami ni
Gambar yang nak diemail satu je pun tapi kemain banyak lak disnap. Hehehhe

[Catatan : department kami 5 orang je]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Ambil Yang Baru Sebelum Balik Kampung

 Ni kisah sebelum nak balik kampung untuk beraya aritu, sebelum packing ape ape, icik abam dah teringat benda utama yang perlu di "packing" sekali untuk dibawa mase balik kampung
Haa ni laa yang perlu diambil di klinik. Standby awal awal sebelum kecemasan ^^

*********************************
Ingat sebelum balik kampung nak update pasal ni. Tapi tak sempat pulak. So bile dah tak sempat tu ade gak la niat nak update bile dah sampai kampung nanti. Tapi bile da sampai kampung line tenet tak bape bagus lak. So ni dah sampai ke Melaka ni barulaa bole update blog. Huhuhu

[Catatan : pakai panel je]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Saturday, July 26, 2014

Menu Berbuka di Bulan Ramadhan

Tahun ni dibulan ramadhan, misi kami berdua hampir berjaya. Misi pertama adalah masak kat rumah, kurangkan makan kat luar. Hampir berjaye!. Mane taknye, memang berbuka kat rumah je tahun ni. Makan kat luar tu boleh kire bape kali je. Pastu yang terbaiknye, tahun ni langsung tak jejak kaki kat bazar ramadhan. So rasenye 90% misi bulan puasa tahun ni mencapai taget. ^^
Hari hari balik awal so sempatlaa nak masak kat rumah
Menu berbuka kami setiap hari simple je kalau nak dibandingkan dengan tahun lepas. Janji ade benda berkuah, sayur dan ikan/ayam goreng dah memadai
Tiap tiap hari icik abam cube untuk variety kan juadah berbuka kami. 
Dah 28hari berpuasa, seminggu terakhir ni je kami dah "tutup dapur". Sebab dah tak larat nak masak. Misi kedua kami pulak adalah untuk mencari kelengkapan raya seminggu sebelum raya. Misi ni memang 100% tercapai tapiiiii sampai sekarang kelengkapan untuk raya kami berdua tak settle lagi. Susah jugak ye kalau seminggu je bagi mase untuk cari baju raye. Ingat dulu kalau shopping awal awal penat. Tu nak shopping seminggu sebelum raya baru tak penat. Tapi rasenye same je, cepat ke lambat same penat. Selagi tak raye.. huhuhu ;)

*******************************************************
Gambar gambar ni je yang sempat nak snap, yang lain tak sempat. terus ngap je hikhik~

[Catatan : nak cuba lagi tahun depan Insya Allah]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Friday, July 25, 2014

Berbuka di ZamZam Cafe & Satay Club

 Semalam berbuka puasa kat Bandar Utama dengan officemate


Seperti tahun tahun lepas, WPC akan invite satu opis pergi berbuka puasa. Tapi kalini kat ZamZam Cafe & Satay Club


 Ape ape pun sebelum masuk waktu berbuka kite snap dulu keadaan dalam kedai


 Ni pandangan dari tempat duduk kami ke pintu depan restoren ni


 Restoren ni ada tempat duduk dan bawah. Kat bawah ni ada dessert bar


Banyak banyak juadah berbuka puasa yang ada, ni je aku sempat snap. Nak amek gambar setiap makanan memang tak mampulaa kan. hihihi


Amek gambar sederet ni je dah cukuplaa kan ^^


Memandangkan kami antara yang awal sampai sebelum amek makanan kiter bergambar dulu


Selit jugaklaa gambar dengan tuan tanah ye. Kang kate tak ade lak.. Perasan! :p


Ni pulak antara juadah awal yang kami amek. Penuh meja. Seb baik meja kecik, kalau meja besar lagi penuhlaa jawabnye. hihihi


Rating : ★ ★  ☆ ☆
Untuk restoren ni aku bagi 3 bintang. Bagi aku juadah yang terbaik kat sini adalah Murtabak dan Sotong sambal hijau die. Memang recommended laa dua dua dish ni


[Catatan : sambil tunggu waktu berbuka]
Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Thursday, July 24, 2014

Sampul Duit Raya Toyata

Seperti yang aku dah cerita aritu, sebelum nak balik raye ni dah kene servis kereta. 5 jam icik abam tunggu servis kereta siap. Apoimen dari pukul 9.30pagi sampai ke petang icik abam bertapa kat situ. Jenuh gaklaa menunggu servis kereta kali ni. Maklumlaa semua agaknye pakat nak servis kereta sebelum balik raya. huhuhu.
5 jam menunggu icik abam dapat oil filter free dengan sampul duit raya ni je. Sampul duit raya tak banyak dapat pun, jadilaa.. sebab icik abam pun tiap tiap tahun dah dapat sampul duit raya company bagi. Cukuplaa untuk digunakan raya tahun ni ^^
Seperti yang dijangka, estimate harga yang pihak toyota bagi mesti tak bape tepat bila dah siap servis 
Memandangkan kami memang sentiasa servis dengan toyota so dah tahu dah perkara camni berlaku so memang dah siap siap standby kalau ade penambahan harga servis. Selalunya takdelaa kene tambah banyak nau. Tambah dalam seratus seratus lebih aje

Sebelum icik abam pergi hantar kereta untuk servis aku dah suruh amek gambar tapi bila dah balik last last satu gambar pun die tak amek kat pusat servis toyota tu. Katenye die bz reply orang pm, whatsapp bagai. Nak tahu ape yang icik abam bizikan tu???
Nidiaaa. Icik abam jual simkad ALTEL. Tu yang ramai orang pm die tu nak beli. Untuk beli simkad nombor baru RM7 je tapi kalau nak kekalkan nombor yang lame, simkad die RM30 je. Kalau anda antara korang yang berminat bolehlaa pm icik abam DISINI

[Catatan : Total service RM400++]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Menang Hadiah Kedua Peraduan Balik Kampung Bersama PIXY

Alhamdulillah, tak dapat hadiah utama dapat hadiah kedua dah bersyukur dah
Rasenya dah ramai dah kot yang dah dapatkan sampel barang PIXY ni. Tapi kalau sape sape yang belum dapat lagi dan nakkan pek sampel percuma dari PIXY ni korang boleh klik DISINI
Klik gambar dibawah untuk dapatkan e-baucer daripada Guardian dan Watsons 
Marilah balik kampung bersama PIXY di hari raya ini ^^
Jangan lupa muat turun e-baucer PIXY untuk menikmati harga diskaun

[Catatan : Nak tahu ape aku menang tunggu hadiah sampai ye]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Monday, July 21, 2014

Berbuka Puasa di D'Arab Station


Dah last last minit di bulan ramadhan ni, baru ni sempat nak berbuka bersama BFF. Bukan sebab aku bz ke ape tapi mase yang tak mengizinkan sebelum sebelum ni. Susah sikit nak arrange masa bersama sama. Last last kami berbuka puasa together2 gaklaa walaupun tak cukup korum


Memandangkan yang lain lain tu dah decide nak makan Nasi Arab kat Alam Damai so apelagiii, opkoslaa icik abam yang kene booking table awal awal kan ^^


Memandangkan kami ni dah diibaratkan seperti "tuan rumah" so kene laa standby awal awal kat meja makan untuk update itu ini. Kalau sabtu ahad memang penuh orang kat sini, yang tapau ramai yang booking makan kt restoren pun ramai.


Restoren ni sebenarnya baru bukak kat Alam Damai ni, so pestaimlaa nak pekene nasi arab kat sini


Macam macam menu ade. Nak ala carte ke western pun ada


Nidia salah satu hidangan berbuka puasa kami. Ayam dan kambing. Kambing die sedap icik abam cakap


Dah abes makan haruslah bergambar pulak kan. Kite bergambar berlatar belakangkan nasi arab. Al maklumlaa namepun makan kat kedai nasi arabkan.. hihihi


4 of us


Sebelum balik gambar ramai ramai pulak


Rating : ★ ★  ★ ☆
Aku bagi 4 bintang untuk restoren ni. Nak kate mahal tak kot. Yang penting sedappp.


Kalau korang nak tahu tokeh kedai ni iman kat surau area rumah kami. Pastu wife die ni pulak kakak yang selalu "masakan" makanan malam untuk icik abam. Almaklumlaa kat rumah berdua aje.  So order kedai jelaa kan. Hihihi. Bulan puase ni je kami tak makan luar. Lagi syok masak kat rumah sebab banyak masa. Balik awal katekan ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜†☺


***bagi muslim yang makan kat sini dorang sediakan tempat sembahyang yang selesa sangat


[Catatan : sponsored]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Jumpa Anuar Zain di NU Sentral


Memandangkan kami belum pergi membeli belah pakaian raya lagi so sabtu lepas aku mengajaklaa icik abam pergi NU Sentral untuk shopping raya. Sebelum pergi NU Sentral ni sebenarnya dah tahu dah yang sabtu tu Abang Anuar Zain kite ni ada kat situ pada hari tu. So gedik gedik jugaklaa ajak icik abam ke sane. Yelaa Abang Nuar punye pasal... sambil shopping sambil nak nengok Anuar Zain kan. Name je orang kampung tapi tak pernah pun jupe face to face! ^^


Tup tup sabtu ritu haaa depan mate kauu dapat nengok abang nuar ni. Kemain ensem dan segak. Pesallaa tak kawin lagi kan.. hihihi


Aritu abang nuar kite ni sampaikan 3 buah lagu je. So nak dengar suare merdu dia tu boleh nengok kat video video kat bawah ni ye ^^


Lagu pertama yang beliau nyanyi.. Lagu Ajari Aku


Lagu kedua, beliau nyanyi lagu raya pulak. Almaklumlaa dah nak raye kan ;)


ni pulak lagu yang selalu icik abam bawak kalau kat kenduri kenduri kawen. Sedetik lebih~


 Bersama Azura


Selfie ramai ramai


Last sekali haruslaa berselfie dengan icik abam untuk menang hadiah dari NU Sentral ;)


**Maaf video gegar gegar, nebes nampak abang nuar. hikhik~


[Catatan : kali ke-4 pegi NU Sentral]


Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Friday, July 18, 2014

Tak Sampai Sebulan Tukar Tayar Baru

 Semalam motor masuk bengkel lagi. Tak sampai sebulan tukar tayar baru kene tukar yang baru lagi
 Ni semua sebab semalam otw nak balik rumah dari opis icik abam rase cam tayar gelong. Benti tepi check nengok tade lak pancit. Check punye check nengok nengok tayar yang baru tu cam problem. Macam kembung nak meletop. So ape lagiii, benganglaa icik abam, tak sampai sebulan tukar tayar tapi tayar dah jahanam. Nak kate beli tayar murah tak jugakk, sebab kami beli tayar tu seketul je dah RM100++ okee.
 Terus je icik abam ajak pergi kedai motor yang kami tukar tayar baru ritu. Sampai sampai kedai terus icik abam membebel kat taukeh kedai tu kenapa bagi tayar "cap ayam" sebab tak sampai sebulan pun pakai dah nak meletop. Memang tak logik sungguh. Sebab tayar sebelum sebelum ni pun paling paling setahun boleh guna. Nasib baiklaa kami perasan awal tayar tu kembung. Kalau terus terus meletop kat tengah jalanraya tak kenaye. hukhuk
 Disebabkan uncle ni dah tahu kot die bagi kami tayar "cap ayam" terus die tukar tayar yang baru FOC. 

***Pekerja die sendiri cakap ramai orang komplen kalau beli tayar kat kedai die.Huh~

Cerita tukar tayar yang sebelum ni DISINI
[Catatan : xbaik sungguh]


Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...