Monday, April 14, 2014

Cara Nak Rebus Buah Zuriat

Okee, semalam baru icik abam bertungkus lumus nak rebus buah zuriat ni. Memandangkan buat zuriat ni datang dari tanah suci so nak menyediakan rebusan air buah zuriat ni memang take time. Take time untuk memahami dan mengetahui cara yang betul dalam penyediaan buah ni. hahahha Orang cakap nak lebih afdal, bagi suami yang sediakan. ^^
Lepas siap mengoogle cara nak sediakan air rebusan buah zuriat ni terus icik abam amek buat zuriat ni dan alatan-alatan lengkap untuk mengupas sabut buah ni. Buah ni macam buah kelapa, ada sabut dan tempurung
Jenuh jugak lah icik abam nak membuang sabut buah ni. 
Nak dapatkan biji buah zuriat ni korang memang memerlukan kekuatan yang kuat sebab buah ni keras. Icik abam dah macam orang bertukang bila mengerjakan buah ni tau. Nasib baik jiran tetangga tak datang ketuk pintu rumah kami sebab buat bising. hihihi
Nilaa dia biji buah zuriat yang berjaya icik abam keluarkan ^^
Pastu buah zuriat ni dibelah dua macam ni
Dah basuh buah zuriat ni ready untuk direbus pulak
Icik abam rebus selama setengah jam camtu sehingga warna air bertukar menjadi macam warna air teh
Bila dah bertukar warna dan dah siap direbus tunggu sejuk sikit kami suami isteri pun minum airnye. Icik abam rileks aje telan air ni. Rase die payau sikit. Bagi aku memang susah sikitlah nak telan, tapi nak zuriat punye pasal pakse gak diri telan. hihihi

Cara nak menyediakan rebusan air zuriat ni ade bermacam-macam aku bace, ade yang siap rebus dan blend sabut buah zuriat ni untuk mendapat kepekatan buah zuriat ni. So terpulang kat masing-masing nak buat macam mana. Buah zuriat ni boleh direbus berulang kali sehingga warna air tidak berubah.
Sebelum minum baca lah doa untuk mendapat zuriat ni. Insya Allah, kita usaha dan doa sama-sama ^^

Ya Allah Ya Tuhan kami, berkatilah usaha dan doa kami untuk memperolehi zuriat yang soleh dan solehah. Amin ^^
[Catatan : Tq icik abam]

Salam Perkenalan,  
With Love 

Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...