Friday, January 03, 2014

Review Filem Justin Bieber's Believe

Semalam kami dapat 2 tiket wayang untuk Pratonton Filem Justin Bieber's Believe bertempat di TGV One Utama. Memang ramai peminat Justin Bieber malam tadi yang datang untuk pratonton ni. Tapi memandangkan keadaan aku tak bape nak sihat, so malam tadi lepas redeem tiket ni kami terus balik aje. Tak pegi nengok pun filem ni. So tak dapat nak bagi bape bintang untuk filem ni okee ^^
Filem ni berbentuk dokumentari yang membawa peminat kepada penyanyi pop terkenal Justin Bieber dan melihat pembikinan siri jelajah dunia "Believe" yang mendapat sambutan hangat sehingga semua tiket habis dijual. Peminat juga akan berpeluang menyaksikan footage konsert yang menampilkan lagu-lagu hitnya serta kehidupan Bieber ketika tidak membuat persembahan secara eksklusif. Selain mengikuti pengembaraan Bieber daripada seorang penyanyi yang mempunyai impian untuk mengadakan persembahan di Madison Square Garden sehingga menjadi bintang pop terkenal seluruh dunia hari ini

Filem ini sudah mula tayangkan dipawagam mulai semalam iaitu 2 Januari 2014

[Catatan : 2 tiket]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...