Friday, December 20, 2013

Malam Pratonton Filem Tokan

 Malam tadi telah berlangsungnya Majlis Malam Pratonton Filem Tokan di e@curve Damansara
Antara barisan pelakon yang membintangi filem ini

Sebelum aku review pasal filem Tokan ni, aku nak ucapkan terima kasih kepada Pencil Pictures dan Metrowealth sebab bagi goodies yang best dan 2 tiket ke malam pratonton filem Tokan malam tadi ^^

Rating : ★ ★  ★ ☆
Aku bagi 4 bintang untuk filem ni. Ini merupakan filem aksi dan Zizan memegang watak serius. Tapi serius-serius pun, aku nengok watak yang dia lakonkan akan tergelak jugak. hahahaha ^^
 
 Tokan adalah sebuah filem aksi yang mengisahkan kehidupan keluarga Ketua Tokan. Berita kematian Tuan Gan memeranjatkan semua Tokan di Malaysia termasuklah Tuan Kamil. Tuan Kamil adalah seorang bapa kepada dua orang puteri iaitu Suri dan Wana, juga merupakan seorang Tokan terbesar di Melaka

Terdapat 7 orang lagi Tokan lain dibawah kuasanya termasuklah Mat Lobe. Mat Lobe merupakan antara Tokan yang masih muda dan paling muda di antara Tokan lain di Melaka. Solihin merupakan seorang yang kreatif dalam proses pembuatan dadah. Dia banyak menghabiskan masanya di dalam makmal memproses dan mengkaji dadah-dadah yang dihasilkan olehnya. Yusof pulak berasal dari kampung dan berhijrah ke kuala lumpur untuk mencari pekerjaan dan ditawarkan bekerja di kilang milik Tuan Kamil. Setelah bekerja untuk beberapa ketika di kilang tersebut, Tuan Kamil telah menganggap Yusof seperti anaknya sendiri dan dia telah diambil sebagai Body guard Tuan Kamil.

Selama khidmat Yusof bersama Tuan Kamil, Yusof tidak pernah tercedera atau dicederakan sehingga pertemuannya dengan Rano, Rano seorang tentera dan telah menarik diri dari khidmat ketenteraan kerana telah diupah oleh seseorang untuk membunuh semua Tokan di Malaysia. Disamping menjalankan misi yang diupah, Rano turut menyimpan dendam terhadap Tokan di Malaysia kerana adiknya telah ditangkap menjadi keldai dadah di Brazil

Seterusnya korang cekidaut aje gambar-gambar yang sempat disnap malam tadi. ^^
Zizan Razak sebagai Mat Lobe
Bersama Uqasha Senrose
 
Liyana Jasmay sebagai Suri
 
Sofi Jikan sebagai Solihin
Johan Asari sebagai Rano

Filem tokan ini akan mula ditayangkan dipawagam minggu hadapan pada 26 Disember 2013
Malam tadi Waris pun ade buat persembahan lagu sountrack filem tokan ^^

[Catatan : 2 tiket]


Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...