Monday, December 02, 2013

Jenjalan Muzium Diraja Kuala Lumpur


 Ape-apepun kite bergambar dulu ^^
 Sebelum nak masuk muzium kenalah ke kaunter tiket dulu
 Dah ade tiket baru bole masuk ^^
Ni harga tiket untuk ke Muzium Diraja Kuala Lumpur 
 Sempat lagi bergambar sebelum masuk muzium kan

 Haa ini laa die istana lama. Istana yang baru pulak boleh nengok  DISINI
 Mula-mula kami masuk bangunan hadapan istana dulu. Masa aku pergi dengan icik abam dulu bangunan hadapan istana ni belum boleh dimasuk oleh orang awam lagi. Dalam bangunan ni pengunjung tidak boleh amek gambar. Hanya boleh nengok-nengok aje. ^^


Kalau korang nak tahu bagaimana rasanya tinggal disebuah istana, Muzium Diraja Negara tempat terbaik untuk melihat dan merasai sendiri pengalaman berada di istana sebuah negara asia

Kalau korang nak tahu, muzium diraja ini sebenarnya adalah Istana Negara lama yang pernah dijadikan tempat bersemayam Yang di Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong sebelum kerajaan mewartakannya sebagai sebuah muzium pada 1 Februari 2013.Istana ini merupakan bangunan 2 tingkat dan didalamnya terdapat 22 ruang dalaman istana yang terdiri daripada balairong seri, bilik beradu, pejabat, ruang makan dan istirehat ketua negara.

Yang paling menarik, kalau korang pergi ke muzium ni, korang akan diberi masuk sehingga ke ruang beradu Yang di Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, ruang yang mana pengawal yang telah berpuluh tahun berkhidmat pun tidak dibenarkan masuk sebelum ni sehinggalah ianya ditukar ke muzium  
Seterusnya kami ke Balairong seri pulak







 Keadaan dalam balairong seri ni dah lain sikit dari keadaan yang kami pergi masa mula-mula muzium istana ni dibuka untuk orang awam
 Sebelum kuar balairong seri bergambar kenangan dengan hulu balang istana kejap ^^

 Pastu bergambar depan istana pulak
Dah puas bergambar, masa untuk pulang ^^

[Catatan : Sponsored]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...