Thursday, October 31, 2013

Review Filem Last Vegas

Untuk filem ni aku bagi 5 bintang. Paling tinggi aku memang akan bagi 5 bintang aje. Tapi bila lepas nengok cerita ni malam tadi aku tanye kat icik abam bape bintang pulak dia nak bagi untuk filem ni terus die cakap 10 bintang! haaa amek kau.. hahhaa
Rating : ★ ★    

Jarang tau icik abam nak bagi bintang banyak camtu. Paling tinggi pun aku pernah tanye dia bagi 4 bintang aje. Bermotif sungguh! hihihi
Bagi aku bukan icik abam aje yang akan bagi 10 bintang untuk filem ni. Tapi for sure ramai lagi penonton-penonton lelaki khususnya yang suka tonton filem ni. Jeng3.. sebab ape aku cakap lelaki khususnya.. konpem-konpem berkait rapat dengan perempuan.. seksi.. dan seangkatan dengannye.. hahahha

Okee laa kalau nak tahu best ke idak cerita ni, korang kenalah nengok sendiri. Filem ni dah berada di pawagam bermula hari ini.
Filem Last Vegas ni adalah sebuah filem kelakar yang menceritakan tentang empat orang sahabat yang sudah berkawan sejak kecil, Billy (Michael Douglas), Paddy (Robert De Niro), Archie (Morgan Freeman) dan Sam (Kevin Kline). Ketika Billy memutuskan untuk menikah dengan gadis berusia 30-an, dia telah merancang untuk mengadakan "Parti Bujang" di Las Vegas bersama dengan kawan-kawan lamanye itu. Setelah berkumpul bersama semula, mereka menyedari bahawa Last Vegas telah berubah dan disitulah persahabatan mereka diuji dengan cara yang tak pernah mereka bayangkan

Untuk tontonan 18 tahun ke atas sahaja. Kanak-kanak tadika, yang belum tadika pun tak boleh nengok. Tapi cikgu tadika mungkin boleh.. hihihihi
[Catatan : 5 tiket]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...