Tuesday, September 24, 2013

Pratonton Filem BenCinta

Ini cerita malam tadi, Majlis Pratonton Filem BenCinta yang diadakan di Sunway Piramid
Filem BenCinta ini akan mula ditayangkan dipawagam pada hari Khamis ni, 26 September 2013
Kami merupakan orang yang terawal datang. hahhaa
Filem ini adalah dibawah arahan Eyra Rahman dan penerbitnya adalah Mejar David Teo, Metrowealth

Filem ini mengisahkan sepasang pasangan yang baru berkahwin dan hubungan mereka menjadi hambar apabila Faizal (Farid Kamil), suami yang kaya dan mula menjalinkan hubungan dengan perempuan lain dan bertukar menjadi seorang pendera. Terperangkap dalam perkahwinan yang merosakkan nilai masyarakat konsevatif, Fathia (Nora Danish) telah melarikan diri ke Langkawi bersama anak perempuannya dan cuba meminta perlindungan daripada kawan baiknya, (Qi Razali). Mereka kemudiannya menyedari bahawa masing-masing saling jatuh cinta namun Fathia terpaksa menghadapi suaminya

So nak tahu bagaimana Fathia fight dengan suaminya kenalah tonton filem ni nanti ^^
 
 Bersama Fathia a.k.a Nora Danish
Bersama Farid Kamil a.k.a Faizal. Dalam cerita ni aku rase benci sangat kat Faizal. Siyes..
 
 Bersama David Teo
 
 Bersama Adik Adrianna, memegang watak sebagai anak kepada Faizal & Fathia
 
 Shima Anuar
Selepas aje nengok movie kami bergambar bersama sebahagian daripada pelakon Filem BenCinta ^^

Untuk filem ni aku bagi 3 bintang
Rating : ★ ★   ☆
[Catatan : 2 tiket]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...