Friday, March 29, 2013

Jadi Ikutan Ke????

Okee, sesaje nak menggomel petang-petang ni. Tetibe lak kan aku rase nak menceceh terlebih arini. Aduyaiii

Ni yang aku nak cocet cocet pepetang ni.. huhuhu

v

v

v

v

v
Orang pergi sini die nak pergi jugak. 
Orang beli itu, die pun nak beli jugak. 
Sampai orang tulis gitu gini pun nak diikutnyaa.. 

Aduyaiii, 

femes sangat ke aku ni???? erkkk.. wekkk

Mane taknye.. Semua bende nak dijadikan ikutan.. Sangat tak paham orang jenis camni. Kuang3

p/s: tolong jangan copy paste segala bagai yang aku buat. plzzz
[Catatan : Sila jadi anda sendiri.]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Thursday, March 28, 2013

Lagi Gambar Kenduri Doa Selamat

Ini sambungan dari entri Doa Selamat Seisi Keluarga
Ape-ape pun nak cakap, maafla ye arini update cerita dah basi sket. Mane taknye, cerita ni patutnye dah diupdate lame tapi baru hari ni teringat yang belum diupdate penuh lagi pasal majilis ni.

Majlis ni diadakan hari sabtu yang lepas. Kat rumah adik ipar aku kat Semenyih.
Majlis ni tak jemput orang luar pun. Antara keluarge aje.
 
Doa penutup icik abam yang bace. 
Antara juadah malam tu. Aku rase, aktiviti hujung minggu macam ni palem best. Kumpul ramai-ramai pastu buat doa selamat pastu buat makan. Walau pun menu sket tapi tetap rase best.

Yang palem best, aku da tahu cmne nak buat pajeri nenas. Senang je rupenye... kikikiki

v

v

v

v

v

v
Gambar "peace" dari icik abam. Selalu tuan tanah yang nak posing "peace" dihujung entri. ^^

[Catatan : Khamis.]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Wednesday, March 27, 2013

Malam Pratonton Filem Dua Kalimah

Okee, jap lagi ade training.. so nak update lelaju. Patutnye entri ni diupdate semalam tapi memandangkan keje banyak postpone ke hari ini. Ceeeahhhh! ^^
 Rating : ★ 
Disebabkan nak cepat, aku terus bagi bintang untuk filem 2 kalimah ni. Aku bagi 5 bintang. Sebab cerita ni penuh dengan pengajaran. Lagi pulak ade gandingan hebat daripada Sam, Yana dan Nora Danish. Memang sangat ohsem! ^^

Sebelum aku tunjuk gambar-gambar sekitar majlis pratonton malam tu, meh baca sinopsis untuk filem ini.

"2 Kalimah" merupakan filem Islamik arahan Eyra Rahman di bawah terbitan Metrowealth Pictures (MIG). Ianya berkisarkan sepasang kekasih, iaitu Aiman (Sam) dan Selena (Nora) yang merupakan gadis kacukan Melayu-Inggeris yang pulang ke kampung halaman Aiman. Sepanjang perjalanan, mereka berdua menyaksikan tiga kematian berlainan dan melihat azab Tuhan kepada si mati yang yang pernah mengamalkan ilmu sihir, penzinaan dan derhaka ketika hidup. Selena yang berasa takut melihat kematian tersebut tahu bahawa itu adalah petanda Allah yang menyuruh mereka bertaubat. Malah, Selena berharap Aiman yang tinggi ilmu agamanya akan membawanya kembali ke jalan Allah. Namun, akidah mereka semakin terpesong.
Ni antara gambar yang aku sempat amek.. huhuhu

More photos sepanjang malam pratonton korang boleh klik Disini dan Disini

[Catatan : Jom tonton.]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Tuesday, March 26, 2013

Cheese Cake Delivery Kat Opis

Sebelum aku nak cerita panjang, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kat SIL sebab rajin benau membuat cheese cake ni untuk aku. Patu delivery terus kat opis aku lak tu.. Memang terbaek sangat lah kan. Eh, kene ucapkan terima kasih kat BIL gak sebab sanggup delivery kek tu kat opis aku baru kejap ni tadi.. ^^
Kek panas lagi kot. Dari oven terus sampai ke aku. Sangat sangat sangat terbaek lah.. Wa cayaa sama lu laaah SIL.. Ceh, cam agak kureng sopan lak ayat cmtu kan kan.. hehehe
Alang-alang dah sampai kat opis, pastu tengah pulak melambak keje, memang sedap sangat lah pekene kek ni sambil buat keje kan. huhuhuhu

Eh chop, kate banyak keje kan, tapi sempat lagi update kan.. ape boleh buat, dunia dah canggih skang, snap snap, pastu update terus gune henpon. Cepat dah mudah.. Tu yang laporan terkini kejap je tersebar.. kuikuikuikui
Disebabkan kek tu banyak, aku simpan dalam bekas sket. Nak bawak balik untuk icik abam. Icik abam pun mesti lah nak rase kan. Tak kan le kami je nak merasenyee... Tentulah aku simpan sket untuk suami tercinta.. ekekeke
Okee, reaksi muke opismate aku yang sorang ni dah boleh beri jawapan kepada rase kek tu.. hehehe

Alhamdulillah, kenyang pekene cheese cake petang-petang ni.. Sedaaaap^^

 [Catatan :Puas makan.]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Monday, March 25, 2013

Bersiaran Di Sunway Piramid Bersama Pelakon2 Dua Kalimah

Buat pertama kali aku update blog dalam panggung wayang.. hahahah. Mungkin tak pernah dibuat orang. Tapi aku tetap nk update utk korang... wee, terharu takkk... heheheh
Okee.. malam ni aku update secare ringkas ye..sebab dah ready nak nengok muvi ni. Sok In Shaa Allah aku update lagi dan bagi bintang untuk filem ni... tungguuuu..
Disebabkan update lelaju aku upload gambar icik abam ngan 2 orang pelakon utama untuk filem ni dulu. Gambar-gambar lain akan diupdate di entri akan datang okee.. ^^

Babai^^
 [Catatan :Dapat 4 tiket.]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Nasi Kukus Ilham

Sape tengok JJCM semalam? Sila angkat tangan.. wee~ ^^

Haa, kalau nak tahu ini lah die Nasi Kukus yang masuk tv semalam. Baru masuk semalam, hari ni dah makan. Menu untuk tengah hari ni. Lepas makan terus update. Memang laju je jari jemari ni kan.. hikhik
Bape bintang nak bagi eh untuk nasi kukus ni??? okee, aku bagi 4.5 bintang! ^^
Nyum3.. Seb bek sempat amek gambar before kene ngap! ekekeke

Terpaku tak nengok?? hikhik.. Okee, lupe nak bitau hargenye pulak. Harga sebungkus RM5.50 tunaiiii. Dan nak tahu maklumat lanjut korang boleh usha kat link bawah ni



So untuk penggemar tegar nasi kukus diluar sane, tungguh ape lagiiii... ekekekke

[Catatan :Kenyang, Alhamdulillah.]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Saturday, March 23, 2013

Doa Selamat Seisi Keluarga

Entri penuh akan diupdate kemudian. Sebab skang ade kat semenyih lagi. Gambar kat dalam kamera pun tak pat nak transfer lagi.. huhuhu
[Catatan : Bersambung.]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Hanya Dengan Menggunakan Samsung Note 2

Okee, entri kali ni nak cerita pasal kecanggihan Samsung Galaxy Note 2

Korang dah bace review pasal Filem The Croods??? Kalau belum korang klik Disini untuk baca

Sebab ape aku suruh korang bace pasal review filem tu dulu???..Sebab aku nak korang nengok video Music Yuna dalam Filem tu. Memang sangat wonderland. Seolah-olah kite berada di awang-awangan. Ceh ceh.. tak gune kalau aku cerita panjang kalau korang tak nengok.. so nengok dulu video klip die tu
Okee, pasni nak godek henpon sendiri. Wee~

Woot Ohh, canggih manggih betul..kan kan kan
[Catatan : Salute.]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara

Memandangkan dah lama tak join GA so semangat nak join GA dari Mak Dara memang sangat berkobar-kobar.. Ceh ceh.. mengalahkan semangat berjuang perwira-perwira kite yang kat Lahad Datu gitew.. hikhik

Dan memandangkan hadiah yang ditawarkan sangat lah banyak, so aku nak gak cube nasib kan. Lame jugak aku ni tak menang contest dan dapat hadiah.. ngeh3

So sesape yang teringin nak join dan nak cube nasib gak macam aku ni,leh lah korang penuhi kehendak syarat-syarat penyertaan berikut:

Pertama : Follow Blog Bicara Mak Dara Sudah follow lama dah
Kedua: Buat entri dengan Tajuk “Malaysia’s Next Top Lucky Blogger by Mak Dara Sudah
Ketiga : Masukkan Banner dan link ke entri GA Sudah
Keempat : Copy Paste senarai penaja Sudah
Kelima : Tag 3 orang rakan  Sudah

v

v

v

v

v
Senarai Penaja


Tag:


Jom-jom join! ^^
 [Catatan :Harap-harap menang.]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Thursday, March 21, 2013

Family Dinner @Ikan Bakar

Rasenye kalau balik kampung memang tak sahlah kan kalau tak kuar jenjalan. Biasa kalau keluar pun pergi bawak ibu aku keluar pergi shopping. Aku escort dari belakang je. hikhik
Selesai shopping konpem dah malam. So makan malam untuk malam tu kami decide makan ikan bakar kat Crystal Bay Alai.

Kalau nak makan ikan bakar kteorang memang suka makan kat alai ni. Sebab, rasenye tempat ni lagi best, sedap dan yang penting murah..hihihi. Sebab ape aku kate murah, sebab kami amek kerang, sotong, 2 jenis ikan (Siakap & Jenahak) dan udang hargenye baru RM130++ .. Untuk sepuloh orang makan. Kire murah lah kan.. ^^
Okee bab memilih lauk kteorang serahkan kat abang ipar dan icik abam.
Antara makanan yang aku sempat amek gambar sebelum diserbu.. hikhik
 Makanan semua dah sampai, so dah boleh bedal! 

Semua dah penat jenjalan dari siang so perut konpem dah lapar la kan. Tu nengok muke semua cam excited je dengan makanan masing-masing kan ^^

Okee, kalau korang nak tahu. Selepas je aku amek gambar ni. Icik abam dapat call dari adik icik abam bahawa nenda tersayang telah kembali ke rahmatuallah. Innalillah.. Al-fatihah buat arwah. Semoga mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. In Shaa Allah.

So lepas tu terus bergegas balik rumah packing barang nak balik kampung icik abam pulak. Pagi keesokknnye pulak ibu call, dapat berita menyatakan Pak Cik sedara aku pulak meninggal. Innalillah. So disebabkan kebumi hari yang sama, kami cume mampu selesaikan pengebumian nenda icik abam dulu. Pastu pecut balik kl.

 Al-fatihah buat yang telah pergi meninggalkan kita.
 [Catatan :Al-fatihah.]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Wednesday, March 20, 2013

The Croods In 3D

Okee, ini kisah malam tadi. Kami dapat 4 tiket untuk ke Premiere Screening untuk Filem ini. Sebelum aku bagi bintang untuk filem ni, meh aku cerita sinopsisnya dulu.

"The Croods" ialah sebuah filem animasi dari Dreamworks Animation. Latar belakang filem ini ialah zaman prasejarah. Kedudukkan seorang lelaki sebagai Ketua Pemburu dicabar kehadiran seorang genius dan ciptaannya yang menakjubkan seperti api. Hidup di gunung berapi sudah cukup sukar, tetapi orang zaman batu Grug (Nicholas Cage) akan menghadapi cabaran yang lebih sukar apabila satu gempa bumi memaksanya meninggalkan dunia yang dikenali. Dia keluar mencari rumah baru di dunia yang tidak stabil bersama keluarganya. Situasi menjadi lebih huru-hara apabila anak perempuannya Grug, Eep (Emma Stone), jatuh cinta dengan seorang pengembara (Ryan Reynolds). Misi pengembara tersebut untuk mencari masa depan tidak disukai Grug yang bergantung kepada tradisi silam.
Gambar diambil dari Instagram

Rating : ★   
Filem ini aku bagi 5 bintang! Yang bestnye lagi, dalam filem ni ade lagu Owl City bersama Yuna.

 So peminat Yuna mesti teruja nak nengok filem ni.. So selamat menonton.

 [Catatan : Best.]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Bersama Aqeef & Izzul Irfan

Ini cerita sabtu yang lepas. Alang-alang dah balik kampung, aku ameklah kesempatan jenguk dua orang member aku yang sedang berpantang. Kalau korang nak tahu, dorang ni kawan baik aku time kat maahad dulu.

Yang sorang tu dulu jadi pengapit aku time aku kawen. Time tu die lom kawen lagi. tu yang aku tarik die jadi pengapit tu.. ngeh3.. Dan yang sorang lagi tu pulak tarikh nikah dan majlis kawen semua sama dengan aku. so memang sah-sah aku tak pat pergi majlis die, dan die tak dapat pergi majlis aku.. hohoho. sentap.. dan disebabkan majlis nak same, so member2 kampung yang laen terpakse lah belah badan dorang menjadi dua. supaya leh attend majlis aku dan majlis member aku sorang ni.. kuang3.. sape percaye memang tuttttt.. kikiki

Eh..eh..entri ni tajuk laen, tapi aku dah melalut cerita lain. cet!
"alahaiiii, dah ade anak dah member2 aku".. aku je yang belum ade rezeki.. ceh ceh nak wat ayat sedih le pulok kan... hehehe
 okee, yang si putih gebu ni namenye Izzul Irfan. Sekarang ni umur die dah sebulan lebih da..
 Dan yang si bulat tomei-tomei ni pulak namenye Aqeef. Pun umurnye sebulan lebih..
Ceh ceh, ade gaye seorang mak tak.. hikhik
Memek muke aqeef bila tidurnye dikacau.. hehhee.. sorila aqeef ye..

Semoga kedua-dua hero ni menjadi anak yang baik dan soleh. In Shaa Allah. Amin~

Buat ibu dan ayah mereka, aku nak ucapkan tahniah sebab dah ade baby dah sekarang. Rase seronok sangat ye nengok dah ade baby. Lengkap sudah kehidupan. Doakan aku pulak. Rezeki aku xsmpai lagi ni.. hikhik..
 [Catatan : Geng.]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?

Friday, March 15, 2013

Last Day with KVMRT Team

Hari ni merupakan last day bagi ofismate aku yang sorang ni. Disebabkan die nak meninggalkan kteorang mulai arini, so kami pun pakat ramai-ramai belanja die makan ari rabu ritu.
kteorang makan kat pizza hut depan opis aje. Itu pilihan tuan badan. so kami ikutkan aje.. ^^

Pilih punye pilih ini yang kami order
Nyum-nyum..terliur plak nengok ayam kat atas ni.. hikhik
Member yang nak meninggalkan kami tu adalah si kumbang yang ade kat depan tu..


Tade gambar "Peace" dari tuan tanah memang tak sah lah kan.. Sekian

 [Catatan : keep in touch.]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Terima kasih sebab sudi bace. Suka bace ni?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...