Tuesday, November 06, 2012

Jem Yang Sangat Melampau

Okee, ini cerita time balik kampung mase hari raya aidiladha hari tu. Kami kuar dari rumah nak balik Tapah rasenye dalam pukul 9.30 malam. Gerak lewat sebab hujan lebat kat KL. hukhuk
Dah kul 2.26 pagi, tapi kami masih tak sampai Tapah lagi. Time aku amek gambar ni rasenye kami baru sampai persimpangan Slim River. Yang palem best tu, minyak dugong ni langsung tak turun-turun walaupun dah hampir 5 jam bergerak.



Gerak serupa cam tak bergerak aje.. aduyaiii. Jenuh dah aku tidur dalam kereta, tapi tak sampai-sampai.. hahahahampehhh kann.. :p


Last-last, icik abam berhenti rest jap kat tepi highway. Mase ni, memang banyak kenderaan-kenderaan yang berhenti dan park tepi jalan untuk tidur.. masing-masing dah tak larat da.. huhuhu

Emergency lane terpakse digunakan untuk melancarkan lagi perjalanan.



 Jam dah menunjukkan pukul 3.09 pagi. Minyak pun dah turun satu bar.


Disebabkan jem yang sangat melampau ni, icik abam exit je Tol Sungkai. Sebab kalau nak exit Tol Tapah mahu sampai ke subuh kot baru sampai umah abah.


Ni pun dah terpakse raye kejap kat highway. huhuhuhu

 Time camni, kalau ade smart tag pun tak berguna, terpakse "Q" jugakkk.. hukhuk


Owhhohoo, hari yang sangat meletihkan.. 



Raye ritu kami berdua amek cuti 5 hari. Khamis malam tu kami gerak dari KL ke Tapah, sampai Tapah tidur kejap, patu petang tu kami gerak ke Teluk Intan dan tidur kat situ sehari. Pastu balik semula ke Tapah dan bermalam di disana. Dan esok paginye gerak ke Melaka! Yahuuuuuuu...


Kire 3 hari kami duduk Perak. 2 hari berikut nye kami duduk Melaka pulak.. yabedabeduuuuu... :p


Gambar berikut cerita otw nak balik Melaka dari Tapah
Cerita perjalanan waktu siang pulak ^^


 Jam kat dugung ni menunjukkan dah pukul 11.27 pagi. Time ni hari ahad, kalau tak silap aku amek gambar ni time kami baru je kuar dari Tol Tapah nak ke Melaka.
Cuaca sangat baik time tu, dan perjalanan sangat lancar. Cume banyak gaklah kereta. Orang ramai dah start balik ke rumah masing-masing. Al-maklumlah, esok harinye kan keje.. huhuhu

Keadaan sangat clear dari Tapah ke KL, disebabkan nak balik Melaka, icik abam lalu Guthrie dan masuk ke PLUS exit Shah Alam. 

Bile masuk je PLUS Highway Utara-Selatan, aku nengok laluan bertentangan dah start slow kat Nilai. Kat Senawang jem dah mula teruk. 

Tapi laluan menghala ke selatan sangat clear!!!. Ohh saat tu, aku terpikir kalau lah kami berada dalam jem yang teruk tu, memang tensen laaa. Memang masakk dok dalam kereta dengan keadaan yang sangat panas time tu. huhuhuh

[Catatan : Dugong dah nak masuk 2thn]

Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...