Saturday, March 31, 2012

Makan-makan : Pecal kembong

Okeh, kalau korang nak tahu, ini merupakan salah satu makanan kegemaran aku. kalau sekali aku dah rase kat tempat tu sedap, jawabnye memang akan repeat kat situ jela. Ikan kembong memang ikan kegemaran aku, setiap hari mesti nak makan ikan kembong. tu lah sebenarnye punce perut aku kembong. ^_^

Pecal Kembong yang best dan yang aku suke sangat adalah kat Desa Pandan. Icik Abam tak penah menolak ajakan aku kalau nak ke kedai tu (walau pun dah 2-3 hari berturut-turut makan bende same). Dari sebelum kawen sampai lah dah kawen ni haa. ^_^
Puncenye adalah ini. Kicap!!! Sebab Icik Abam kalau makan nasi ke ape mesti nak kene ada kicap. hehehe
 Kebiasaannya, kami akan order Pecal Kembong dan Pecal Lele
 Pecal Kembong untuk aku; dan 
 Pecal Lele untuk Icik Abam
Selain Pecal Kembong dan Pecal Lele, kat situ ade macam-macam pecal lagi. Antaranya, Pecal Sayur, Pecal Puyuh dan Pecal Ayam.

Aku sangat suke pecal-pecal kat sini sebab dorang akan masak segaring-garingnya. Itu yang best! ^_^

so kepada sesiapa yang teringin nak cube tu, korang boleh lah cari Kedai tu. Kedai tu sebelah Flat Desa Pandan. sebelah Jalan besar. Lorong masuknye sebelum traffic light kat Klinik Kesihatan Desa Pandan.

Selamat mencari dan selamat mencuba. Sekian ^_^

[Catatan : sekarang kedainya sudah diubahsuai!]
Salam Perkenalan,  
With Love 
Norliza Nordin
Suka bace ni?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...